CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27111|Reply: 0

[Johor] 664 kotak daging babi cuba diseludup dirampas

[Copy link]
Post time 17-1-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode

POLIS berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan daging babi sejuk beku selepas menahan lapan individu dan merampas 664 kotak daging babi sejuk beku di Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU – Satu sindiket penyeludupan daging babi sejuk beku berjaya ditumpaskan apabila polis merampas 664 kotak berisi barangan itu yang bernilai RM310,752 di Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang di sin pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya turut menahan tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 26 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kesemua 664 kotak daging babi sejuk beku itu ditemukan dalam lima buah lori berasingan.

“Pemeriksaan awal mendapati kesemua lori itu telah digunakan untuk membawa muatan barangan berkenaan masuk ke negara ini secara haram dari negara jiran.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM37,168.70, sebuah bot fiber beserta enjin menjadikan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan rekod mendapati tiga daripada suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.


“Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“Pihak berkuasa akan terus membanteras kegiatan penyeludupan dan memberi amaran keras keras kepada mana-mana pihak terlibat untuk menghentikannya perbuatan yang menyalahi undang-undang itu,” tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 2.761634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list