CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10326|Reply: 0

400 warga asing ditahan di pusat 'scammer' di Filipina

[Copy link]
Post time 9-1-2025 11:07 AM | Show all posts |Read mode

FOTO fail menunjukkan salah satu hab pengendali permainan dalam talian Filipina yang diarah tutup, di Kawit, wilayah Cavite pada 17 Disember 2024. Pusat seperti ini dikatakan menyelindungi aktiviti penipuan dalam talian. FOTO AFP

Manila: Kira-kira 400 warga asing diberkas dalam satu serbuan berskala besar di sebuah pusat penipuan dalam talian di ibu negara Filipina, semalam.

Ketua Bahagian Risikan Biro Imigresen, Fortunato Manahan berkata, pihak berkuasa menyerbu sebuah bangunan dan menemukan pekerja yang didakwa terbabit dalam operasi penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa di luar negara.

"Operasi mereka didapati melanggar undang-undang imigresen dan menimbulkan risiko besar kepada orang ramai.

"Biro Imigresen memantau aktiviti seperti syarikat Pogo (pengendali permainan dalam talian di luar Filipina) yang diserbu sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bercakap kepada AFP, jurucakap Biro Imigresen, Dana Sandoval berkata, kebanyakan warga asing yang terdiri daripada warga China ditempatkan sementara dalam tahanan sebelum penghantaran pulang ke negara asal.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebimbangan antarabangsa meningkat terhadap operasi penipuan serupa di Asia yang sering dikendalikan mangsa pemerdagangan yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan mata wang kripto palsu dan penipuan lain.

Julai lalu, Presiden Ferdinand Marcos mengumumkan larangan menjelang penghujung 2024 ke atas Pogo.

Pihak berkuasa mendakwa, ia digunakan sebagai perlindungan untuk kumpulan jenayah terancang bagi pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram, penipuan dalam talian, penculikan dan pembunuhan.

Laporan Institut Keamanan Amerika Syarikat yang berpangkalan di Washington pada Mei 2024 mendedahkan, penipu dalam talian menyasarkan jutaan mangsa di seluruh dunia dan mengaut pendapatan tahunan AS$64 bilion (RM288.59 bilion)

Institut itu menganggarkan industri terbabit menggaji setengah juta pekerja termasuk 15,000 orang di Filipina yang diambil terutama melalui media sosial, sebelum dipaksa melakukan penipuan serta berdepan penyeksaan, jika mereka gagal memenuhi kuota ditetapkan.


Disiarkan pada: Januari 9, 2025




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.044654 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list