Seorang lelaki meratapi kehilangan orang tersayang akibat serangan Israel di Gaza, di Hospital Ahli Arab yang juga dikenali sebagai Hospital Baptist. - Foto AFP
NEW YORK: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan hospital di Gaza kini menjadi 'perangkap maut'.
Dalam satu hantaran di X, agensi itu menjelaskan, keluarga di Gaza terpisah, kanak-kanak terkorban akibat kesejukan dan kelaparan yang meragut nyawa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
UNRWA turut menyeru supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.
Kenyataan UNRWA itu dibuat ekoran pengeboman berterusan dan sasaran langsung terhadap hospital, menyaksikan tiga hospital awam di utara Gaza iaitu Hospital Kamal Adwan, Beit Hanoun dan Hospital Indonesia tidak lagi berfungsi akibat peningkatan serangan Israel.
Hanya 14 daripada 36 hospital di Gaza kini beroperasi secara separa dan menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
|