CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34900|Reply: 0

[Johor] JAINJ akan bantu maahad tahfiz terbakar

[Copy link]
Post time 31-12-2024 06:28 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN dalam asrama di Maahad Tahfiz Al Johari yang musnah dalam kebakaran. FOTO Alias Abd Rani.

Batu Pahat: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan membantu Maahad Tahfiz Al Johari selepas asramanya terbakar di Parit Bingan, Parit Raja, hari ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor,Mohd Fared Khalid berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

Pada masa sama, beliau turut menyeru orang ramai turut sama membantu pusat pengajian ini agar kembali seperti biasa.

"Saya mendapat tahu Maahad Tahfiz Al Johari. Aras satu yang menempatkan asrama lelaki terkesan keseluruhannya.

"Insya-Allah kita akan bantu. Syukur tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan takziah kepada pengurusan dan anak-anak," katanya dalam kenyataan.



Awal pagi hari ini, asrama yang menempatkan 29 pelajar musnah dalam kebakaran hingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika kesemua pelajar sedang menjalani gotong royong sebelum salah seorang mereka ternampak kipas dan dua katil terbakar.

Orang ramai ingin menyalurkan sumbangan boleh menerusi akaun Maahad Tahfiz Al Johari 01032010076425 (Bank Islam).


Disiarkan pada: Disember 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.152362 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list