CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30900|Reply: 0

[Johor] 'Nampak api pada kipas, katil' - Pelajar Tahfiz

[Copy link]
Post time 31-12-2024 06:23 PM | Show all posts |Read mode

Hassanudin bersama dua anak menunjukkan al-Quran, kitab dan buku agama yang tidak terbakar sepenuh. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Saya takut bila lihat api pada kipas dan katil, saya terus turun beritahu ustaz supaya hubungi bomba," kata Mohd Amirul Arief Mohd Khairul Fadzli, 15, salah seorang pelajar tahfiz mangsa kebakaran Maahad Tahfiz Al Johari, di Parit Bingan, Parit Raja, di sini, pagi tadi.

Mohd Amirul Arief adalah individu terawal melihat api meranapkan asrama yang menempatkan 29 pelajar sekali gus menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian jam 8.15 pagi itu.

Menceritakan kejadian itu, dia berseorangan naik ke tingkat atas sebaik selesai menjalankan aktiviti bersama rakan lain.

"Bila sampai di atas, saya nampak kipas dinding berapi dan dua katil bertingkat sudah terbakar. Saya takut dan asap mula memenuhi ruang asrama lalu berlari turun memberitahu ustaz.

"Dalam sekelip mata, api membesar dan kami hanya sempat menyelamatkan barang mandian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dia yang berasal dari Kajang, Selangor menuntut di pusat tahfiz terbabit sejak awal pembukaannya tiga tahun lalu.

Katanya, ibu bapanya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mereka bersyukur kerana tiada penghuni yang cedera atau sebagainya.

Sementara itu, mudir tahfiz, Amirul Amin Borhan berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan hanya dalam tempoh 15 minit memusnahkan barangan dalam bangunan berusia tiga tahun.

Menurutnya, api bermula dari kipas dan katil dengan asap tebal mula kelihatan di dalam bangunan asrama itu.

"Punca utamanya kipas yang terbakar menyebabkan anak murid saya tidak sempat menyelamatkan harta benda.

"Di maahad tahfiz ini, ada 48 pelajar tetapi yang tinggal di asrama terbakar adalah 29 orang dan mereka kini ditempatkan di bangunan atas masjid di sini.

"Kebanyakan mereka menghuni asrama itu berusia 15 tahun ke atas manakala yang lain tinggal di bangunan sebelahnya," katanya.

Sementara, beberapa ibu bapa dan ahli keluarga pelajar tahfiz mula tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, tukang masak, Hassanudin Abdul Wahab, 45, memberitahu dua anaknya, Muhammad Hasbi Irfan, 19, dan Muhammad Hasid Iqbal, 16, turut tinggal sehelai sepinggang dalam tragedi itu.

Katanya, sebahagian besar daripada mangsa baru tiba di sini tiga hari lalu selepas cuti persekolahan dua minggu berakhir.

"Kami reda dengan kejadian ini, kerana saya tahu, Allah mahu menghadiahkan sesuatu yang kita tidak ketahui untuk pelajar di sini," katanya.


Disiarkan pada: Disember 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.124415 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list