CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30811|Reply: 0

[Johor] Mujur Nurul tak terperangkap banjir, dapat duduki SPM hari ini

[Copy link]
Post time 31-12-2024 06:19 PM | Show all posts |Read mode

Bakemah Jaiman. FOTO OMAR AHMAD

Kota Tinggi: "Saya dan anak segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan bimbang laluan untuk keluar dari kampung ini terputus. Alhamdulillah hari ini anak saya sempat menduduki peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi ujian mendengar," ujar Bakemah Jaiman, 68.

Bakemah dan anak perempuannya, Nurul Mariatul Fatiah Azman, 26, berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Gembut di sini, sejak semalam, selepas kediaman mereka ditenggelami air sedalam lebih satu meter.

Katanya, kediamannya berada di tepi Sungai Gembut di sini, sering ditenggelami air ketika banjir.

"Anak saya menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris sahaja selepas gagal ujian itu ketika berada di tingkatan lima dahulu.

"Anak sepatutnya mengambil peperiksaan ulangan itu di sekolah di bandar Kota Tinggi. Mujur selepas hubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dia dibenarkan untuk duduki ujian itu di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar di Tanjung Sedili.

"Terdapat dua lagi calon menjadi mangsa banjir dan sama-sama menduduki peperiksaan itu di Tanjung Sedili. Sejak malam kelmarin dia membuat ulang kaji di PPS sahaja," katanya ketika ditemui di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, tadi.

Menurut Bakemah, bencana banjir sudah sebati dengan hidupnya.

Malah katanya, mereka sekeluarga sering minta dikeluarkan awal ke PPS berikutan bimbang arus kuat sungai, selain faktor usia.

"Saya memiliki bot sendiri sebagai persiapan menyelamatkan diri berikutan banjir yang berlaku amat teruk di sini," katanya.


Disiarkan pada: Disember 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065042 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list