CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5690|Reply: 1

SUPER JUNIOR 3RD ASIA TOUR IN MALAYSIA 2011

[Copy link]
Post time 29-3-2011 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 29-3-2011 16:20



                       Lesson no. 8: Happiness is being with the people you love..

                                                                                                  ‘Hector and the Search for Happiness’



Super Junior atau singkatannya SuJu telah menjadi satu phenomena di Malaysia selepas kali pertama  kedatangan mereke ke Malaysia pada 2006 untuk pembikinan MV "Dancing Out". Kebijaksaan mereka mengabadikan keindahan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjaya menarik ramai peminat dari Malaysia untuk mengagumi dan menjadikan mereka sebagai idol di samping meminati muzik dan lagu-lagunyanya yang menarik dan lincah. Pada 19hb Mac 2011 yang lalu tepat jam 6 petang, di temani hujan 'rahmat', Stadium Putra Bukit Jalil sekali lagi telah digegarkan dengan kehadiran mereka  untuk konsert ‘Super Show 3’.

Diiringi persembahan yang penuh bertenaga tanpa henti selama 3 jam, SuJu selama ini tidak pernah menghampakan peminat mereka yang telah menunggu kedatangan mereka berbulan lamanya. Dengan kehebatan persembahan vocal yang mantap, kelincahan tarian yang bertenaga dan interaksi bersahaja serta kecomelan mereka yang teramat telah mengujakan semua ‘fangirls’ dan ‘fanboys’ mereka (peminat wanita dan lelaki). Menjadikan konsert kali ini adalah antara konsert yang terbaik dan terhebat pernah diadakan.




Kehadiran 9,000 peminat dari Malaysia dan luar negara telah membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil dipenuhi dengan gema jeritan peminat menyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran mereka sambil menjerit nama 10 orang ahli Super Junior, Leeteuk, Kyuhyun, Yesung, Sungmin, Heechul, Ryeowook, Siwon, Eunhyuk, Donghae dan Shindong.

Dari reaksi yang di lihat, mereka sangat gembira dengan jumlah penerimaan dan sambutan yang luar biasa daripada peminat Malaysia. Warna sapphire blue memenuhi ruang stadium dan ini menjadikan konsert ini amat bermakna buat Super Junior sendiri dan juga peminat yang telah menanti saat ini. Super Junior sekali lagi berjaya menghiburkan peminat-peminta mereka dengan kemantapan vokal dan juga tarian yang berkarisma dengan mempersembahkan 34 buah lagu. Kemunculan istimewa Jong-Moo dari TRAX (Don't Don), SuJu-M, Zhoumi (Miss Chic(瀟灑小姐)) dan juga Henry (Baby Baby – Justin Bieber) membuatkan peminat fanatik tidak duduk diam sepanjang konsert berlangsung.




Keadaan menjadi bertambah 'panas'apabila mereka kembali dengan persembahan Solo. Masing-masing menunjukkan kehebatan dan bakat yang ada. Sun-Min, tarian seksi bersama penari-penari wanita lain membuatkan peminat-peminat wanita mereka menjerit seakan-akan terkena 'serangan jantung'. Sementara itu, Eun-Hyuk juga tidak kurang hebat, persembahan tarian duet yang sangat sempurna, berkarisma bersama Dong-Hae membuatkan peminat tidak mengelipkan mata walau seketika. Sungguh licin, tersusun dan sempurna.

Manakala Lee-Teuk (Kiss Goodbye), Kyu-Hyun (New Endless Love) tidak menghampakan peminat dengan persembahan nyanyian dalam bahasa Cina dan Ryeo-Wook, nyanyian merdu dan persembahan harmoni yang di iringi petikan lembut guitar Sung-Min membuatkan peminat-peminat bertambah 'jatuh cinta' dengan kumpulan No. 1 di ASIA ini. Manakala Ye-Sung mempersembahkan lagu It has To Be You daripada drama popular “Cinderella Sister” adalah antara highlight pada malam itu. Sangat sempurna dengan suasana pada malam itu sebab ini adalah  It Has To Be “SUPER JUNIOR”!

Tidak dinafikan mereka ini bukan hanya 10 jejaka tampan yang berbekalkan rupa-paras semata-mata. Bakat nyanyian dan tarian mereka sememangnya sudah diiktiraf di seluruh ASIA dan juga di benua lain, tetapi mereka juga menyerlah dan dikagumi seperti lakonan (Si-Won, Hee-Chul, Sung-Min, Dong-Hae) dan pengacaraan radio dan rancangan TV (Lee-Teuk, Eun-Hyun, Shin-Dong).




5 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan telah mengajar kumpulan ini erti perjalanan hidup yang penuh onak dan duri. Daripada kes mahkamah (Hang-Gaeng) sehingga kes langgar lari (DUI, Kang-In), namun semua ini tidak mematahkan semangat anak-anak muda ini untuk terus berjuang dan meyerlahkan bakat mereka. Sesuatu yang patut kita kagumi dan antara sebab mengapa mereka masih mampu bertahan kuat sehingga ke hari ini.



kehadiran Kang-In  dipaparan screen besar bersama kumpulan Super Junior yang lain memberikan impak emosi yang sangat kuat kepada peminat yang merindui kehadirannya. Kang-In kini sedang berkhidmat di dalam tentera sejak tahun 2010 untuk tempoh 2 tahun. Di temani petikan piano dan violin dari lagu 'Rinaldo' membuatkan ada sesetengan peminat yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

Taburan confetti bintang, tertulis "The 3rd ASIA TOUR SUPER SHOW 3" yang jatuh berterbangan membuatkan suasana kelihatan sungguh syahdu. Wishing upon the stars, mungkin ini yang mampu di simpulkan. Di harapkan suatu hari nanti 13 orang ahli asal Super Junior akan bergabung semula di atas pentas yang sama (Kang-In, Kim-Bum dan Hang-Gaeng). Mungkin ini adalah permintaan dan harapan terakhir dari peminat-peminat yng hadir pada malam itu.

"Happiness is being with the people you love" mungkin ungkapan ini agak cliché. Tetapi ia dapat di lihat dengan jelas di setiap raut wajah peminat yang hadir dan juga Super Junior sendiri. Riak wajah ELFs yang hadir menunjukkan kepuasan yang teramat seolah-olah mereka berjumpa denga "kekasih hati".

Super Junior dan peminat sama-sama berhibur, dan menikmati setiap detik yang berlalu selama 3 jam. Dan berharap konsert ini tidak akan berakhir secepat itu.



“ Malaysia Super Show3!! Thank you for your passionate love.^^ It rained again!!ㅋㅋ I don’t know if it’s a jinx or what.  But I hope it rains again at the end in Vietnam.. Malaysian fans thank you !! Apa Khabar*…^^ …”                  
                                                                                                                            - Lee-Teuk’s tweets





                 Lesson no. 8b: Unhappiness is being separated from people you love.


                                                                                                           ‘Hector and the Search for Happiness’


ELFs pasti akan merindui mereka sehingga kemunculan album baru mereka yang dijangkakan tidak lama lagi. Sehingga itu Super Show 4 akan menjadi "wish list" untuk setiap peminat yang hadir dan juga kepada mereka yang baru mengenali anak-anak muda ini. Sebelum konsert melabuhkan tirainya, Si-Won yang memang dikenali dengan kebaikan hatinya meminta kepada semua peminat untuk mendoakan kesejahteraan rakyat Jepun yang sedang dalam kesusahan ketika ini disebabkan malapetaka gempa bumi dan Tsunami baru-baru. Siwon berharap peminat akan dapat menghulurkan bantuan yang semampunya. Kerana beliau tahu rakyat Malaysia memang pemurah dan suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Dalam berhibur, mereka tidak pernah melupakan mereka yang dalam kesusahan.

Yang pastinya peminat pasti akan membantu dan mendoakan mereka yang susah dan membuatkan Super Junior berbangga dengan ELF. Semoga kita akan bertemu lagi. Dan di harapkan ini bukan kali terakhir lautan saphhire blue berterbangan di bumi Malaysia.

Syabas kepada Super Junior, SM Entertainment dan juga kepada pengajur utama iaitu Running Into The Sun dibantu oleh Saffron Communication yang berpangkalan di Singapore kerana berjaya menjayakan konsert ini dengan hebatnya. Tidak lupa kepada penaja-penaja rasmi, stesen radio Fly FM, One FM dan Hot FM yang tidak putus-putus mempromosikan konsert jelajah kali ini.






teks dan gambar disediakan oleh : sara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2011 07:45 AM | Show all posts
Reply 1# isabel

kyaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ suka baca artikel ni. xder la typical sgt mcm yg keluar kat kosmo & mingguan malaysia... ayat2 & gmbr2 yg digunakan pun lain dari yg lain... patut nyer artikel ni la yg masuk paper, baru meletop... aper2 pun, syabas ye... let's pray for Super Show 4 & 5th album from SUPER JUNIOR!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.705439 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list