CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3435|Reply: 0

[Kelantan] Dua lelaki maut motosikal bertembung

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Lokasi kejadian dua buah motosikal bertembung di Kilometer 5, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Wakaf Bharu, Tumpat malam tadi. FOTO IHSAN POLIS

TUMPAT – Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Kilometer 5, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Wakaf Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa, Shahidan Abdur Rahman, 19, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu manakala Zulkifli Abdul Rahman, 62, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan mendapati, Shahidan menunggang motosikal jenis Yamaha 125 sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai memotong sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave Dash ditunggang Zulkifli.

“Warga emas itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Shahidan menghembuskan nafasnya ketika tiba di Unit Kecemasan HRPZ II.

“Mayat Zulkifli dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.


Shahrir (kanan) dan adiknya, Suhaili menunjukkan gambar Shahidan yang maut dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Wakaf Bharu, Tumpat malam tadi. FOTO ROHANA ISMAIL

Sementara itu, ibu kepada Shahidan, Maehnah Binma Yoosoh, 58, berkata, anaknya sedang dalam perjalanan untuk bermain futsal di Kampung Padang Rokma di sini.

Menurutnya, arwah ada meminta izin untuk keluar bermain futsal bersama rakan-rakannya malam tadi.

“Saya sempat pesan kepadanya agar tidak pulang lewat malam. Setengah jam dia keluar rumah, saya menerima panggilan telefon daripada anak sulung yang memaklumkan bahawa Shahidan terlibat kemalangan.

“Saya dimaklumkan bahawa dia hanya cedera dan beranggapan arwah terlibat kemalangan biasa. Semasa sampai di HRPZ II, anak saya sempat diberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Mesira. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... sikal-bertembung-4/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054712 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list