CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3510|Reply: 0

[Pahang] Pekerja Alam Flora cedera dihempap papan iklan

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar seorang penunggang motosikal dihempap papan iklan ketika angin kencang di persimpangan lampu isyarat berdekatan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut di Jerantut semalam.

JERANTUT – Malang tidak berbau bagi seorang pekerja Alam Flora apabila dia dihempap papan iklan yang diterbangkan angin ketika menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah, Jalan Persekutuan berdekatan Masjid Tengku Mahkota Abdullah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.27 petang itu mangsa G. Muniammah,57, mengalami lebam di bahagian dahi dan mata.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal baru melepasi persimpangan lampu isyarat.

“Hasil siasatan, kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang.

“Kebetulan mangsa melepasi lampu isyarat hijau di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah dan tiba-tiba papan iklan berkenaan tercabut dan ‘terbang’ akibat ditiup angin kencang lalu menghempap mangsa,” katanya di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Jerantut di sini hari ini.

Menurut Azman, akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian dahi dan mata dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk menjalani rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... hempap-papan-iklan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049543 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list