CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13597|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: 4 PPS ditutup, mangsa di Kelantan tinggal 108 orang

[Copy link]
Post time 27-1-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sebuah rumah penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang terjejas banjir termenung susulan limpahan air Sungai Golok sejak beberapa hari lalu. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan semakin pulih apabila hanya 108 mangsa masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah setakat pukul 4 petang ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 330 orang daripada 438 mangsa pada pagi tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terdiri daripada 26 buah keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu, Tanah Merah.

“Setakat petang ini, hanya daerah Tanah Merah masih terjejas banjir di negeri ini.

“Empat PPS iaitu masing-masing dua buah di Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup sepenuhnya pukul 1 tengah hari tadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya, manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) mencatatkan bacaan berjaga-jaga.

Tambahnya, enam sungai utama di Kelantan masih berada pada paras normal. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -tinggal-108-orang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah
telracsEdisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah
Views : 1576 Replies : 177
Baru balik joging dengan Syed Saddiq, Bella Astillah tertidur kepenatan
RalineBaru balik joging dengan Syed Saddiq, Be
Views : 66859 Replies : 2426
Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu
tatodMenantu berpantang, Sheila Rusly gigih r
Views : 983 Replies : 19
Delete
anakencanaDelete
Views : 11932 Replies : 111
seorang pelanggan didakwa menampar seorang pekerja kedai makan kerana dicaj hidangan rm13-nasi,daging termasuk bebola daging, ayam mentega dan ayam goreng.
YgBenarseorang pelanggan didakwa menampar seora
Views : 167 Replies : 6
Sembang Santai Episod 3 Teratak Desa nan Permai
telracsSembang Santai Episod 3 Teratak Desa nan
Views : 8119 Replies : 1214
Atikah Suhaime rancang masa depan anak, harap Mulan tak benci
RalineAtikah Suhaime rancang masa depan anak,
Views : 21032 Replies : 600
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 213174 Replies : 2028
Anugerah Industri Muzik kembali. Uolss sexcited??
af_maniaAnugerah Industri Muzik kembali. Uolss s
Views : 1110 Replies : 38
‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung berjodoh kembali’ - Emma Maembong Nasihat Jangan Buka Aib Bekas Pasangan
tatod‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung be
Views : 3635 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.088364 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list