CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5099|Reply: 47

Gunakan Khidmat Bomoh

[Copy link]
Post time 30-6-2008 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Salam, maaf kalau topik nie tak sesuai kat sini...
kenapa perlu gunakan khidmat bomoh untuk mengenakan org lain...
musnahkan kehidupan org lain..

contohnya,
A dgn B da bercerai...
keluarga B kononnya tak puas hati dgn si A..
dia menggunakan bomoh agar A jadi kurang bermaya, tak nak makan
sedangkan masa A dan B bercerai disebabkan sikap B yang curang & mereka-reka cerita yg tak sepatutnya berlaku...
ini hanya contoh tiada kena-mengena dgn si pencerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 11:27 PM | Show all posts
for temporary happiness kot?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by shahhana at 30-6-2008 11:20 PM
Salam, maaf kalau topik nie tak sesuai kat sini...
kenapa perlu gunakan khidmat bomoh untuk mengenakan org lain...
musnahkan kehidupan org lain..

contohnya,
A dgn B da bercerai...
keluarga ...


kenapa perlu guna bomoh???? ....

- dengki kut
- tak puas hati kut
- nak buat secara kasar, bahaya...kene tangkap polis...so halus lah yg sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by shahhana at 30-6-2008 11:20 PM
Salam, maaf kalau topik nie tak sesuai kat sini...
kenapa perlu gunakan khidmat bomoh untuk mengenakan org lain...
musnahkan kehidupan org lain..

contohnya,
sedangkan masa A dan B bercerai disebabkan sikap B yang curang & mereka-reka cerita yg tak sepatutnya berlaku... ...


mcm mane lak klu mangsa yg gunakan Bomoh...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 11:52 PM | Show all posts

Reply #4 Madura1's post

mangsa gunakan akal fikiran dgn berfikir hanya Allah yg berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:54 PM | Show all posts

Reply #5 shahhana's post

selalu nye orng akan cari bomoh.....baik mangsa atau bukan mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2008 11:58 PM | Show all posts

Reply #6 Madura1's post

besar sgt ke kuasa bomoh nie sampai pendek akal gunakan jalan pintas
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 12:03 AM | Show all posts
Buat apa bomoh kan org kita.Kalo boloh tu betol2 terer,pegilah bomohkan bush tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by Madura1 at 30-6-2008 11:49 PM
mcm mane lak klu mangsa yg gunakan Bomoh...?


mangsa apa yg anda maksudkan ni? mangsa cerai? klau kena cerai nak bomohkan asben ke?   
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by evolution75 at 1-7-2008 12:03 AM
Buat apa bomoh kan org kita.Kalo boloh tu betol2 terer,pegilah bomohkan bush tu...


bush tu ntah2 bnyk pkai bomoh mane leh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:45 AM | Show all posts

Reply #1 shahhana's post

biasa la manusia ni ramai yg busuk hati. Cari bomoh nak bagi org lain merana & menderita. Org2 camni mmg kena laknat ngan Tuhan nnti kat akhirat, silap ari bulan jatuh hukum syirik sbb menduakan Allah dengan percaya kat kuasa bomoh tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:21 PM | Show all posts
kadang2 tak tercapai pikiran aku bab2 bomohkan org ni
mcm sorang dah ckp kat atas tu, kalu terer sgt ngapa tak bomohkan saja si bush smpi jadi bodo,?
bomohkan ariel sharon, santau sampai mampus...yg nyatanya sharon tak mati2 dah bertahun sbb stroke bkn sbb bomoh
ngapa tak bomohkan saja semua askar amerika tu biar tembak diri sendiri?

dah tu pulak, tau kena bomoh sebab BOMOH jugak yg bagitau...
tak pelik ker? dah tu mulalah jumpa miang buluh lah, paku berkarat lah, kain kuninglah, kononnya orang "hantar"
dah tu bila dpt bahan2 bukti tu..maka meloponglah..percayalah...yg dirinya dah dibomohkan
kot tu kerja jin kapir..kerja setan...takde kaitan dgn manusia pun ntah...
kita apa2 pun nak salahkan orang..orang dengki, orang khianat...
sebab kita takmo muhasabah diri
bila jadi apa2 kita tuding jari kat org dulu
ni semua salah org bukan salah kita
tuhan nak suruh kita baiki diri dgn dibaginya musibah
sudahnya kita makin tak sedar, sbb kita dah yakinkan itu salah org bukan salah kita

tbc...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:22 PM | Show all posts
....cont'd

ya, betul, wujud menda2 ni, wujud orang2 yang sanggup buat menda2 ni...tapi mcm tak munasabah, tiap kali dengki kat org jumpa bomoh, tiap kali tak puas hati ngan org jumpa bomoh, rakyat mesia ada brp ramai? bomoh yg naya2 org kat mesia ada brp ramai? kalu ikut logik akal lah, kerja bomoh la paling sibuk lam mesia ni, bukan menteri, bukan doktor, bukan org bisnes...sbb sepanjang masa ada org tak puas hati, sepanjang masa ada rumahtangga bermasalah...sepanjang masa ada org sakit yg doktor pun tatau nak buat aoa...

aku tak heran dgn org yg pegi jumpa bomoh nak naya2 orang ni...tapi aku AMAT HERAN DGN ORANG KALU APA2 SIKIT SBB DAH KENA BOMOH....APA2 SIKIT SBB ADA ORG DENGKI...TOLONGLAH!

Kalu kita mampu paham apa janji iblis masa nak kena halau dari syurga dulu...yang dia kan pastikan anak2 adam ni sesat sampai kiamat...kita akan mampu bebaskan minda kita ni dari sabitkan semua menda disebabkan ada org bomohkan...iblis lagi power dari manusia tau? DAN ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALA TAU?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:34 PM | Show all posts
apa takrifan bomoh ni ekk?
apa kegunaan dia?
sapa bomoh terhebat?
fee berapa?
mujarab ke pakai bomoh nih?
ada pentauliahan ke nk jd bomoh nih?
n etc
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by afja at 1-7-2008 01:34 PM
apa takrifan bomoh ni ekk?
apa kegunaan dia?
sapa bomoh terhebat?
fee berapa?
mujarab ke pakai bomoh nih?
ada pentauliahan ke nk jd bomoh nih?
n etc


Hey mambang tanah....mambang api...mambang air mambang angin......berdampinglah dengan ku wahai simambang.........cobaan.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:50 PM | Show all posts
tak baik tau pakai bomoh2 ni. tuhan laknat. ni ada satu kisah yg terjadi kat kawan mak aku.

nama makcik ni k. skrg ni dah Innalillah. mmg tak baik bercerita perkara tak baik pada org yg dah meninggal dunia.tujuan aku citer ni sbg pengajaran kat forumer lain.nama laki dia R. skrg ni pakcik R dah kawin lain lps bini dia makcik k ni meninggal.
citer ni mak aku dgr dari bini baru pakcik R ni. aku namakan A.
makcik A ni citer, dulu masa makcik k ni masa hidup ada gunakan bomoh spy laki dia syg kat dia sorang sampai tak cari org lain. ilmu ni dia pakai dan tak pernah tanggal sampai la dia meninggal dunia. pastu pakcik R ni kawin la lain, masa tu bini dia baru 2 bulan meninggal. makcik A citer, sepanjang 3 thn dia kawin ni pakcik R ni asyik tingat jer kat bekas bini dia yg meninggal tu. sampaikan nak tidur pin kena tgk gambar bini dia yg meninggal dulu tu baru lah bleh tido.kiranya makcik A ni sengsara la sbb dah kawin 3 thn kawin lain pun tp laki dia ni dok meratap jer.

pastu, makcik A ni gi la jumpa org alim ni, baru la dia tau makcik K ni dulu ada pakai ilmu tundukkan laki. pastu dia di suroh org alim ni amik sikit tanah kubur makcik k ni utk mandikan laki dia ni. pastu bbrp hari kemudia laki dia ni dah ok. tak de la lagi dok meratap lagi.

satu hari tu, dia org gi la melawat kubur makcik k ni, apa yg dia org lihat amatlah mengejutkan..kubur tu dah mendap, pastu mcm berlobang, dulu ada pokok tanam kat atas kubur tu,pokok tu pun dah terkulai mati.apa yg terjadi pd si mati Wallahhualam..mmg misteri. dulu2 aku ada dgr citer, kalau kubur org yg pernah mengamalkan ilmu hitam mmg mcm ni.

kpd sesiapa yg berminat nak amalkan bomoh ni, mintakl di jauhkan la. berdoa la selagi kita mampu. nak bagi laki sayang kita lebih, jalankan tanggung jawab sbg isteri ngan sempurna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 01:52 PM | Show all posts
menciknyer..dah taip pnjang2 psl pengalaman org pakai bomoh ni, ilang plak. malas la nak taip balik. kang kalau aku rajin aku taip balik citer best tu ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:53 PM | Show all posts
la, kuar rupernyer citer tu, tadi aku tgk takde pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:22 PM | Show all posts
agak2 kalo aku wat iklan kat fd ni...duit masyukkkk tak ek?

Bomoh Seekers!

Mahaguru CakraPadat Nusantara, Tuan Haji NgahDuduk NgahDiri

(anak murid tunggal MahaGuru AdiPutarAlam Gunung Semengol J.K.R, T.N.B, K.T.M)

kini aktif semula berniaga atas permintaan ramai kaum ibu ,kaum pondan , kaum setengah idup setengah mati !

- mengetatkan yang bolos
- memboloskan yang ketat

- memanjangkan yang leper
- mengetotkan yang kenit
- nasi kangkang, nasik lentang, nasik bersila, kerak nasik, bubuq nasi
- minyak pengasih, minyak dagu, minyak rambut (brylcream lagi), orang minyak, nasik minyak seme ada
- buat boss suka ,buat boss benci, buat boss kuli, buat kuli jadi boss, buat boss dan kuli jadik katak pun boleh


Jangan Ketinggalan !!!
Tawaran Hari Raya bermula hari ini. One service got another service pree of bateri henpon caj.

Di Alamat ;
Persiaran 1, Mukim Tanjung Rambutan No. 666, di sebelah jirat Cina dan sebelah lorong Hatikuluka, tempat hantu askar jepun berkaraoke.  

Percayalah, NgahDuduk NgahDiri kalo bukan dia kebas duit anda, siapa lagi?

-
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 1-7-2008 01:37 PM


Hey mambang tanah....mambang api...mambang air mambang angin......berdampinglah dengan ku wahai simambang.........cobaan.........


elelelele manak..... kengkonon nk jd bomoh la tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.330999 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list