CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik Man kini kritikal di ICU, saluran jantung tersumbat

5-8-2026 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 770| Komen: 16

 



Pelakon Cik Man atau Kamarool Haji Yusoff, 67, terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Tanah Merah, Kelantan susulan masalah saluran jantung tersumbat.

Perkara tersebut dimaklumkan pelawak Amir Raja Lawak yang memberitahu keputusan menidurkan Cik Man dibuat bagi membolehkan dia berehat selain memudahkan urusan rawatan doktor.

“Assalamualaikum. Dimaklumkan, Cik Man dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam semalam.

“Keadaan dia terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini ditidurkan untuk dia rehat serta doktor lakukan rawatan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Pada masa sama, Amir menjelaskan pelakon itu tidak dibenarkan menerima pelawat selain memaklumkan akan berkongsi maklumat terkini berkenaannya dari masa ke masa.

“Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat.

“Ada apa-apa perkembangan, insya-Allah saya akan maklumkan juga. Doa segala kebaikan buat Cik Man,” jelasnya.

Selain itu, Amir turut mendoakan urusan pelakon filem 6 Jilake itu dipermudahkan dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala, Amin Ya Mujib Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.

Cik Man sebelum ini melakukan kemunculan sulung membawakan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja.

Panggilan Farouk yang dahulunya sinonim dalam kalangan peminat era 1980-an kini sudah bertukar kepada Cik Man, nama wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Moyangkucing 5-8-2026 05:18 PM
Get well soon cik man
Quote kashaz 5-8-2026 06:57 PM
Al fatihah..
Cik Man dah meninggal.

https://www.hmetro.com.my/amp/ut ... man-meninggal-dunia
Quote kotakbaju 5-8-2026 07:03 PM
Innalillah. Semoga diampunkan segala dosa arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh aminn.
Quote red_velvet 5-8-2026 07:32 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.. Salam takziah pada family.. Arwah ni heavy smoker kan..
Quote Perawankota 5-8-2026 07:46 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote missbigrockstar 5-8-2026 07:55 PM
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.
Lama arwah berlakon dari zaman aku sekolah rendah lagi start kenal dia watak Al Kepong dalam Mat Gelap, Farouk dlm Gila-gila Remaja.
Quote Moyangkucing 5-8-2026 08:04 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

baru je baca dia sakit petang tadi..
Quote telracs 5-8-2026 08:35 PM
kashaz replied at 5-8-2026 06:57 PM
Al fatihah..
Cik Man dah meninggal.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote 3chanceno 5-8-2026 08:56 PM
Innallillah..salam takziah buat famili.
Quote cap_ayam 5-8-2026 09:58 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote insulin 6-8-2026 12:27 AM

Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.
Quote liyamariska 6-8-2026 01:19 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote readbaca 6-8-2026 09:13 AM
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.
Quote supernaturalee 6-8-2026 09:42 AM
selain watak2 ikonik dia dlm filem gila2 remaja dgn rock oo

arwahnya mewarnai drama2 tv zaman budak2 iol dulu



semoga diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan org beriman

Quote kucingitam 6-8-2026 10:14 AM
Al-Fatihah utk Cik Man. masa sekolah2 dulu mmg panggil dia Farouk, sampai la lepas dia berlakon filem Rock, baru panggil Cik Man..
Quote sudirmanistas 6-8-2026 02:24 PM

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

semua cerita yang baik2 je pasal arwah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.120757 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top