CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada wakil PH akan dilantik EXCO Negeri Sembilan

5-8-2026 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 275| Komen: 11


 


SEREMBAN: Tiada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan menganggotai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman, menafikan dakwaan di media sosial kononnya wakil rakyat PH dilantik sebagai EXCO dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

"Tidak benar wakil rakyat Pakatan Harapan akan menganggotai barisan EXCO, sekiranya perkara itu berlaku, sudah tentu ia ada dibincangkan terlebih dahulu bersama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang baharu memenangi Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 (PRN16).

"Kalau perkara itu benar-benar akan berlaku, sudah semestinya kami sebagai calon BN Negeri Sembilan yang baharu memenangi PRN yang lalu akan dibawa berbincang mengenainya.

"Perkara ini tidak benar, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali sehingga hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Saiful berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Beliau turut mengingatkan rakyat Negeri Sembilan sudah membuat pilihan dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri, bukannya terus berpolitik.

"Rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan, kini kita harus terus bekerja dan bukannya membuang masa bermain politik sepanjang masa," katanya.

Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Ismail.

Semalam, Ismail memaklumkan pihaknya sedang memuktamadkan senarai barisan EXCO yang akan dilantik dan pengumuman barisan EXCO dijangka dibuat pada Jumaat ini atau selewat-lewatnya Isnin depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blastoff 5-8-2026 05:15 PM
Edited by blastoff at 5-8-2026 05:18 PM

Mcm kekasih hati di amek orang ler, ph merasakan pn dah rampas bn

padahal waktu bersama, ph sepak terajang caci keji bn mcm nk rak

tu yg lani dok hoovering bn, utk nk cuba kembalikan saat2 manis bersama

utk cuba pisahkan jugak2 dari pn dgn cara apa sekali pungg lahhh

sebab ph frust terrtonggeng ler

tak leh kawal lagi dahhhh emosi bercelaru haru biru  

Terlalu pahit dirasakan berdepan kekalahan teruk sendirian.

Uish boleh jadik cerpen nih muahaha



Quote alesandra 5-8-2026 05:50 PM
Lerrr perasan.own your own shit la.umngok  jugak yg keluar statement  mb baru ni berhadapan dgn undi tak percaya.pastu mb gelabah tetek yg  kata kemungkinan nak lantik timbalan exco.ph pikir masalah lain lagi bagus.hadaplah
Quote blastoff 5-8-2026 06:02 PM
Edited by blastoff at 5-8-2026 06:03 PM
alesandra replied at 5-8-2026 05:50 PM
Lerrr perasan.own your own shit la.umngok  jugak yg keluar statement  mb baru ni berhadapan dgn undi ...


In denial sungguh, bila pulak mb tuh berdepan undi x percaya? Berhadapan makna dah ada, dah wujud, padahal bila nya undian di buat...

Kecian nyaaa tak leh terima hakikat bn x mau kat ph di ns

Quote slavehunter 5-8-2026 06:44 PM
Harapan cannot be harap.
Harapan hanya berharap dengan janji janji palsu mu....
Quote slavehunter 5-8-2026 06:45 PM
blastoff replied at 5-8-2026 06:02 PM
In denial sungguh, bila pulak mb tuh berdepan undi x percaya? Berhadapan makna dah ada, dah wujud, ...

Walanon tengah cari whatever source yang boleh jadikan punching bag. Dia ulang ulang, lepas punch Pas dorang punch Umno, lepas tu tumbuk PN bersatu balik. Semua sama.

Quote alesandra 5-8-2026 07:16 PM
blastoff replied at 5-8-2026 06:02 PM
In denial sungguh, bila pulak mb tuh berdepan undi x percaya? Berhadapan makna dah ada, dah wujud, ...

aku tak paham kenapa aku tak dapat noti reply dari ko.mungkin nak protect aku dari hadap replies sampah koini link dia...sendiri yg sangap sendiri tuduh org lain hadap  jawatan exco....








Quote alesandra 5-8-2026 07:18 PM
blastoff replied at 5-8-2026 05:15 PM
Mcm kekasih hati di amek orang ler, ph merasakan pn dah rampas bn

padahal waktu bersama, ph sepak  ...

takde bukti pun ph kebulor jawatan exco .sendiri yg kebulor...sendiri fitnah.harap terburai perut kalo makan hasil fitnah
Quote blastoff 5-8-2026 07:57 PM
alesandra replied at 5-8-2026 07:16 PM
aku tak paham kenapa aku tak dapat noti reply dari ko.mungkin nak protect aku dari hadap replies s ...


Ini dia bagi amaran kat hampa, sebab hampa yg menggedik nk ph masuk dlm kerajaan ns,

khabar angin geng2 hampa yg sebar kat fb padahal khabar angin itu tak dak asas sama sekali

So dia nk patahkan khabar angin yg hampa sebar, dia kata laaa mb tak dak kuasa nk masukkan ph dlm kerajaan.

Tak dak kuasa makna kuasa tu boleh di tarik kalau ph masuk dgn pengaruh mb,

bukannya dia anti mb baru,

dia habaq kuasa mb terhad tak mampu masukkan ph dlm kerajaan agar hampa paham sia2 hampa dok sebar khabar angin yg tak akan jadi kenyataan ler, ada paham?


Quote blastoff 5-8-2026 08:03 PM
Edited by blastoff at 5-8-2026 08:07 PM

Nampak ni, tiada langsung mana2 yg menang tu bawa perbincangan utk masukkan ph dlm kerajaan negeri, tarak maaa

Jadi sah2 lah yg dok sebar tu adalah geng2 yg x menang kannn yg kepingin nk be part of kerajaan negeri.

Org2 yg menang relax2 saja yg kalah plak terloncat2 sebar khabar angin,

lepaih tu di explain kata x dak langsung perbincangan pungg masih dok tak leh terima lah plakk

Nampak sgt terhegeh2 nk jawatan dlm kerajaan, buat malu jer


Screenshot_20260805_151018.jpg
Quote blastoff 5-8-2026 08:10 PM
Edited by blastoff at 5-8-2026 08:12 PM

Untuk apa bn nk join ph kat ns? PH DI TOLAK PENGUNDI MELAYU 100%

Di msia pengundi melayu majoriti hokayy, majoriti tak nk undi makna kalah laaa tarak nk menang dah haih, tu yg pkr amanah dpt kerusi dahsyat sgt2 sikitnyaaaa.

Tarak sapa nk bergabung dgn ph, buat marah majoriti pengundi melayu utk apa?

Ph sedang menuju zaman melingkup... It's kelam gelap gelemat... Tak de yg nk join ler
Quote alexwolf2 6-8-2026 01:21 AM
Keputusan untuk tidak melantik wakil PH ke dalam EXCO Negeri Sembilan telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi. Orang ramai kini menantikan perkembangan pentadbiran negeri pada masa akan datang. Untuk hiburan dalam talian, kunjungi bet zino.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.041981 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top