CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia padam lima juta akaun dalam talian milik kanak-kanak

5-8-2026 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 82| Komen: 3

 



JAKARTA: Indonesia memadam kira-kira lima juta akaun milik pengguna bawah umur daripada pelbagai platform digital susulan pelaksanaan Peraturan Kerajaan mengenai Tadbir Urus Sistem Elektronik bagi Perlindungan Kanak-Kanak.

Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Meutya Hafid berkata jumlah itu dicapai menerusi kerjasama dengan platform digital.

"Bersama-sama platform berkenaan, kami telah memadam lima juta akaun kanak-kanak. Walaupun lima juta pengguna masih kecil berbanding sasaran kami, pada peringkat global pencapaian ini mengatasi apa yang dilakukan TikTok di Australia," kata beliau pada Selasa, menurut Agensi Berita Antara.

Meutya berkata Indonesia menggunakan pendekatan berasaskan risiko bagi melindungi kanak-kanak dalam talian, berbanding mengenakan larangan umur secara menyeluruh seperti yang dilaksanakan di Australia.

Di bawah pendekatan itu, kanak-kanak berusia bawah 16 tahun dilarang mengakses platform digital yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

Peraturan yang dikenali sebagai PP Tunas itu bertujuan menggalakkan syarikat teknologi mereka bentuk semula perkhidmatan untuk pasaran Indonesia demi memberikan perlindungan lebih baik kepada kanak-kanak.

Sebagai contoh, platform permainan Roblox menyahaktifkan fungsi sembang secara lalai bagi pengguna Indonesia berusia bawah 16 tahun, melainkan dengan persetujuan ibu bapa.

"Kami berharap pada masa akan datang, langkah ini bukan sekadar melarang kanak-kanak daripada membuka akaun, tetapi menjadi gerakan lebih luas yang menggalakkan platform melakukan perubahan," katanya.

Bagaimanapun, Meutya mengakui pelaksanaan peraturan itu masih mencabar, khususnya dari segi pengesahan umur kerana banyak syarikat teknologi masih belum menggunakan kaedah lebih canggih seperti algoritma anggaran umur, pengesahan wajah atau analisis tingkah laku.

Beliau berkata kerangka semasa mewajibkan syarikat mengemukakan penilaian kendiri yang memperincikan tahap risiko yang ditimbulkan perkhidmatan masing-masing.

Setakat ini, kementerian telah membuat penilaian membabitkan 200 platform yang dikendalikan oleh 79 Penyedia Sistem Elektronik, dengan lapan platform mengklasifikasikan perkhidmatan mereka sebagai berisiko tinggi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-8-2026 07:52 AM
Malaysia next..... kata hujung Jun.. dah gerak lum? nanti bila sekat, mak bapak bagi guna account diorg pulak...siap buatkan account feeling2 fans anak sendiri sejak dari kecik..
Budak2 ni kalau dapat komen memang tak fikir panjang, siap DM2 lagi menguratlah apa lah. Yang main online games pun boleh sembang lucah, mencarut... yang tengok youtube pun dah cakap bahasa indon dah...
Patut mak bapak pantau, ni dah kena scam, bully, kena groom, baru nak menyesal bagai.
Quote supernaturalee 6-8-2026 08:30 AM
prince_marhaen replied at 6-8-2026 07:52 AM
Malaysia next..... kata hujung Jun.. dah gerak lum? nanti bila sekat, mak bapak bagi guna account di ...

hujung2 play victim

disalahkan balik gov



Quote prince_marhaen 6-8-2026 08:34 AM
supernaturalee replied at 5-8-2026 02:30 PM
hujung2 play victim

disalahkan balik gov

Kannn... hujung2 kata govmnt tak pantau laman2 web dan media sosial... barua.. dah berapa banyak kempen dan usaha tak bagi underage pegang gadget & ada akaun online, tapi mak pak bodoh ni siap registerkan anak2 sendiri, bagi guna ID mak pak beli simcard, register & create account anak, bagi main game online, tak pantau tayangan anak2.. aku anak buah nak tengok youtube indon ke yang mencarut2 main game atau review pun aku dah pekikkan... mak bapak boleh pulak biarkan..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.032159 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top