|
Penerbit terkenal Datuk A Aida berkata dia bahagia jalani kehidupan solo dan baginya tidak mengapa jika tidak menjalin hubungan cinta. Menerusi perkongsian di Threads, Aida berkata lebih baik hidup sendiri kerana tiada tekanan memikirkan perangai orang lain. Tambahnya lagi, dia juga bebas ke mana-mana tanpa meminta izin sesiapa dan tiada drama bersama pasangan. “Tak couple pun okay. Tekanan darah lagi stabil. Better sendiri tak stress nak fikir perangai orang dan boleh ke mana saja tanpa minta izin drama pun kurang,” tulisnya. Pada Mac lalu, Aida membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas berdepan detik cemas ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.
|
sarah_ary2 replied at 4-8-2026 09:20 PM
bukan sheols dah kahwin baru and ada anak tiri ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-8-2026 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.036748 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.