CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau dia buat ucapan, itu atas ingatannya pada saya’ - Uqasha Senrose

4-8-2026 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 556| Komen: 4



Pelakon sensasi, Uqasha Senrose enggan mengulas mengenai ucapan yang dititipkan bekas suaminya, Kamal Adli bersempena ulang tahun kelahirannya Julai lalu.


Menurut Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, dia tidak tahu-menahu mengenai hantaran yang dibuat oleh Kamal kerana tidak aktif di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Saya pun tak tahu yang dia buat hantaran macam tu — apa yang dia muat naik. Apa yang dia kongsi itu semua adalah diri dia.

“Saya tak nak cakap apa-apa, saya tak nak komen apa-apa. Kalau dia buat ucapan, itu adalah atas ingatan dia pada saya, itu sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama terbaru iQIYI, Madu Atau Racun, di sini, hari ini.

Dipuji netizen kerana dilihat sama-sama menjadi ibu bapa yang baik buat anak mereka Hawra Uqaira, kata Uqasha dia cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik dan bersyukur hubungannya dengan bekas suami kekal baik demi kebaikan anak mereka bersama.


Tambahnya, dia tidak menganggap dirinya sempurna, sebaliknya melihat hubungan yang terjalin dengan Kamal selepas bercerai sebagai satu proses untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Saya tak cakap diri saya ni baik, saya anggap ini hanya proses kami sebagai ibu bapa kepada Uqaira.

“Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi kami berhubung atas dasar anak.

“Dia (Kamal) tidak pernah merumitkan saya dan saya juga tidak pernah menyusahkan dia kerana apa saja untuk Uqaira kami cuba buat terbaik dan menjadi ibu bapa yang terbaik,” jelasnya.

Sebelum ini, Kamal meraih perhatian apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama anak perempuan mereka.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang Kamal kerana menghargai bekas isterinya dan mengutamakan hubungan baik demi anak mereka.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang sebelum disahkan bercerai pada 12 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-8-2026 02:15 AM
Ok Uqa
Quote seri_mawr 10-8-2026 05:13 PM
elok lah tu untuk tumbesaran anak....

Quote Lampuled 10-8-2026 05:32 PM
Dia lepas cerai mmg jln terus je ye. Mmg takde meratap² tak de ckp byk dh. Mmg bulat hati tak nak ke ex.
Quote hasniey 10-8-2026 08:37 PM
Bagus la x aktif media social.kalau baca komen2 netizen boleh jd sewel agaknya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.035070 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top