CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai bomba tidak mengaku minta, terima rasuah RM11,500

4-8-2026 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 292| Komen: 9

 


ALOR SETAR – Seorang pegawai bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM11,500 pada 2024 dan tahun lepas.

Tertuduh, Johari Bar Azwar, 40, yang bertugas sebagai Penguasa Bomba KB9 di Pejabat Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sungai Petani membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan RM1,500 daripada pemilik sebuah syarikat berusia 66 tahun sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sokongan pelesenan JBPM bagi syarikat itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang sebuah restoran di Amanjaya Mall, Sungai Petani, dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 4 April 2024.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa meminta dan menerima suapan RM10,000 daripada pemilik sebuah lagi syarikat berusia 27 tahun sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sama bagi syarikat itu dan sebuah lagi syarikat lain.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di hadapan premis di Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya, Sungai Petani kira-kira pukul 3 petang, 4 Februari 2025.

Pendakwaan bagi setiap pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 9 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 4-8-2026 08:11 PM
Lama dah tak nampak orang pakai jenama quicksilver
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2026 08:14 PM
Siapa suruh tamatkan pencen penjawat awam?  Kan dah terpaksa makan rasuah demi meneruskan kelangsungan hidup, adan uke
Quote Kancilkering 5-8-2026 08:32 AM
hensem pegawai sebelah tu
Quote talapia 5-8-2026 10:23 AM
Edited by talapia at 5-8-2026 02:24 PM

haha.. tak memasal aku scroll up smula..

wei.. janganlah rosakkan imej abam bomba..
kemain wangi abam bomba sekarang diangkat jadi hero penyelamat..
sebab manusia2 yg tamak menjatuhkan maruah abam2 bomba yang lain... yang bergadai nyawa menyelamatkan orang ramai.

btw.. dia gred apa? ni stok2 keje ofis ke.. tukang luluskan application apa smua?
dah tu yang naik trak bomba pegi selamat orang tu.. pangkat apa?
Quote supernaturalee 5-8-2026 12:01 PM

kannn

so cute



yg abam bomba ni pun sado yach

tp tu lah

kuat makan la pulak


Quote pearl.silver 5-8-2026 07:29 PM
Aritu ada org buat trivia kt thread
Jabatan kerajaan mana paling kuat rasuah?
Jawapan dia bomba

Bomba paling byk terima rasuah
Katanya
Quote ninja boy 5-8-2026 07:37 PM
Edited by ninja boy at 5-8-2026 07:39 PM

Premis renovate rumah kedai jadi bilik sewa 10-15 pintu ka
Quote telracs 6-8-2026 04:14 PM

Baru nak komen yang sama...

Quote telracs 6-8-2026 04:15 PM

Ahahaha...

Herlocksssss...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.039271 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top