CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Selangor mohon maaf isu pengiring maki pengguna jalan raya

4-8-2026 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 530| Komen: 10

 



SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf secara terbuka susulan tindakan petugas pengiringnya yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengguna jalan raya seperti yang tular dalam media sosial.

Amirudin menerusi hantaran di aplikasi Threads berkata, beliau meneliti rakaman video tersebut dan kesal dengan perbuatan petugas terbabit kerana tidak mencerminkan tatakelakuan sewajarnya.

“Berhubung isu video tular ini, setelah semakan dilakukan, secara peribadi saya memohon maaf atas perlakuan tersebut.

“Teguran telah dibuat ke atas petugas tersebut oleh pentadbiran saya bagi mengelak daripada berulang lagi pada masa hadapan. Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya.

Terdahulu, tular hantaran seorang pengguna Threads yang mendakwa dimaki hamun oleh petugas pengiring kenderaan rasmi Menteri Besar Selangor ketika berlaku kesesakan berhampiran sebuah plaza tol pada waktu puncak.

Menurut pengguna itu, petugas berkenaan didakwa menurunkan cermin tingkap kenderaan utiliti sukan jenis Proton X70 sebelum sebelum menjerkah dan mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak memberi laluan kepada konvoi berkenaan.

Hantaran itu turut mempersoalkan sikap petugas pengiring sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan rata-rata mereka menggesa tindakan sewajarnya harus diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 4-8-2026 09:58 PM
Dh mcm kongsi gelap punya bodyguard pdhl gomen servant on payroll...ptt pecat je
Quote Goodluckdontcry 4-8-2026 09:58 PM
Tatakelakuan..tatakelola..tata titi tutu... kehkehkeh
Quote kemaruk 4-8-2026 11:10 PM
Kalau menteri kat jepun lama dah letak jawatan
Quote s@s@ 5-8-2026 08:19 AM
pengiring tu tetiba bisu ke x bole minta maaf sendiri.
time jerkah org bukan main
Quote Samerosie 5-8-2026 08:22 AM
Edited by Samerosie at 5-8-2026 08:39 AM

Eloklah dimaki baru nak move.  Spesis sama dengan sorang lagi kat tered sebelah yg tak reti himpit tepi bagi laluan. Tengok video acik ni sendiri yg bodoh.  Dia x move sampai keta belakang dia bg laluan kepada MB masuk tol lane sebelah. Tiba2 lepas tol ada lak space acik ke kanan. Pastu kau lak ckp org tu bodoh kan.  Sama la bodohnya.
Quote gangerina 5-8-2026 11:18 AM
deni bila plak nak turun...aihhh...tak sabauuu....
Quote Samerosie 5-8-2026 11:41 AM
gangerina replied at 5-8-2026 11:18 AM
deni bila plak nak turun...aihhh...tak sabauuu....

Sebagai anak jati Selangor iols ok je dgn dia, compared dgn jemin, khir toyo, abu hassan dgn mat taib.  Banyak rakyat selangor dpt bantuan yg rakyat negeri lain yg duduk selangor pun enjoy.  Lepas tu kutuk selangor pulok koh koh koh. Op kos the best was khalid ibrahim ex boss masa iols intern kat guthrie and wife was also my school teacher.
Quote missmarvolo 5-8-2026 11:47 AM
kadang2 staff bawahan ni yang rasa maha perkasa maha kuat, lebih sudu dari kuah.
Quote misszazaz 5-8-2026 12:30 PM
hhhrrrmmmmmm
Quote prettyuglybabe 6-8-2026 11:56 AM
at least dia mengaku and minta maaf jugak la bila staff bawahan buat pasal..
bukan macam yang main lempang tu..
ujung-ujung kau kena hadap sendiri

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042868 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top