|
Kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang secara lantang mendesak dan mempertikaikan keputusan kerajaan untuk penghantaran pulang kira-kira 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar merupakan satu kenyataan yang biadap.
Pertama, siapa kamu yang hendak mengajar Kerajaan Malaysia bagaimana untuk menguruskan negara ini? Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat, merdeka, dan mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri. Kamu tidak berhak menentukan bagaimana kerajaan kami harus melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat Malaysia. Urusan penghantaran pulang, keselamatan sempadan, dan hal ehwal imigresen adalah hak mutlak Kerajaan Malaysia. Sebarang percubaan dari pihak MERHROM untuk terus-menerus menekan pentadbiran negara ini dan turut menggesa ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa supaya tidak membenarkan penghantaran pulang dibuat tanpa jaminan keselamatan yang kukuh adalah satu tindakan biadab yang tidak menghormati tuan rumah. Justeru, saya menggesa kerajaan supaya kekal tegas dengan sebarang keputusan yang berpihak kepada kepentingan nasional dan keselamatan rakyat Malaysia. Kepada MERHROM, ingat kedudukan anda. Jangan ambil kesempatan ke atas kebaikan dan budi bicara rakyat Malaysia selama ini dan jangan besar kepala.
|
Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) tidak berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di bawah Akta Pertubuhan 1966. Badan ini bergerak sebagai pertubuhan advokasi pelarian yang dipimpin oleh Zafar Ahmad Abdul Ghani menggunakan kad pelarian.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-8-2026 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062117 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.