CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump dakwa tiada ketegangan dengan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez selepas Sepanyol juarai Piala Dunia

21-7-2026 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 126| Komen: 8

 



ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, beliau tidak mempunyai sebarang ketegangan dengan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez meskipun baru-baru ini mengarahkan perdagangan dengan negara Eropah itu dihentikan sepenuhnya, lapor Anadolu Ajansi.

"Saya tiada sebarang ketegangan dengan beliau. Saya tidak mempunyai ketegangan dengan sesiapa pun," kata Trump kepada pemberita selepas kemenangan 1-0 Sepanyol ke atas Argentina pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA.

Presiden AS itu berkata, beliau telah mengucapkan tahniah kepada pegawai Sepanyol atas "pasukan yang hebat" serta menyifatkan perlawanan akhir itu sebagai acara yang "mengujakan" dan "hebat." 

Beliau turut menolak tanggapan bahawa dirinya kecewa dengan kekalahan Argentina, sambil menegaskan bahawa "Sepanyol bermain dengan lebih baik", walaupun mengakui perlawanan itu "amat sengit".

Kenyataan berbaur damai itu menunjukkan perubahan ketara dalam pendirian Trump. 

Awal bulan ini, beliau menyifatkan Sepanyol sebagai "kes yang tidak lagi boleh diselamatkan" dan "rakan NATO yang teruk" selepas negara itu enggan membenarkan tentera AS menggunakan pangkalan tenteranya ketika konflik dengan Iran, selain keengganan Madrid memberikan komitmen untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Saya tidak mahu ada sebarang urusan dengan Sepanyol. Hentikan semua perdagangan dengan Sepanyol, termasuk lawatan," katanya pada sidang media semasa sidang kemuncak NATO di Ankara, Turkiye.

"Jangan bercakap dengan mereka. Mereka adalah orang yang tiada harapan dan tidak baik," kata presiden itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 21-7-2026 05:56 PM
Abang Pedro, hensemm, makz suka. Baik pulak tu, at least baik utk isu2 donia compare to other eu leaders seko2 mcm bangsatt, termasuk france, german, italy, uk, orsola kepala bapak dia, denmark, semua puak2 white supremacy tu lah. Ajang Pedto yg hensem ni yg satu2 nya tunjukkan perikemanusiaan walaupun meredah arus sorg. Yg lelain selua tu bangsattts! Love you abang Pedro. Hensem giler uols. Letieza pun keg2 ada flirt dgn dia aku perasan.
Quote mejaputih 21-7-2026 06:17 PM
Orenn1 replied at 21-7-2026 05:56 PM
Abang Pedro, hensemm, makz suka. Baik pulak tu, at least baik utk isu2 donia compare to other eu lea ...

air muka james bond gitu.
Quote Orenn1 21-7-2026 06:26 PM
mejaputih replied at 21-7-2026 06:17 PM
air muka james bond gitu.

Khennn, sharp, berry
Quote Orenn1 21-7-2026 06:27 PM
Abang Pedro love you from Malaysia. Muahhh muahhhh skittt
Quote Orenn1 21-7-2026 06:32 PM
Masa dulu abang Putin masa baru jadi president awal 2000an mcm tu hensem menarik bery d tertarikkk sgt. Zaman naik kuda tak pakai baju, abang Putin mata dia bery d flirtotious sgt masa tu. Maybe dia pun tahu pompuans gila kat dia.
Quote Orenn1 21-7-2026 06:34 PM
Abang Pedro bila nak dtg Malaysia, you are bery d welcome sgtt
Quote FOTHER-MUCKER 22-7-2026 04:50 PM



[youtube]VKQ0ye_7ai0[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=VKQ0ye_7ai0&pp=0gcJCWQCo7VqN5tD&ra=m
Quote cmf_jeangrey 22-7-2026 05:43 PM
Orang tua tu dah nyanyuk..abaikan je la apa dia cakap
Harap Pedro jgn respon, lagi merapu dia karang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.050201 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top