CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Houthi Yaman isytihar "sekatan maritim" ke atas Arab Saudi

21-7-2026 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 102| Komen: 0

 



SANAA, YAMAN: Kumpulan Houthi di Yaman pada Isnin mengisytiharkan "sekatan maritim" ke atas Arab Saudi yang berkuat kuasa serta-merta, lapor  Anadolu Ajansi.

Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree dalam kenyataan di televisyen Al-Masirah milik kumpulan berkenaan berkata, larangan ke atas navigasi maritim yang berkaitan dengan Arab Saudi "telah berkuat kuasa bermula dari saat kenyataan ini dikeluarkan."

Saree memberi amaran sebarang peningkatan ketegangan oleh Arab Saudi akan dibalas dengan apa yang dipanggilnya sebagai "peningkatan ketegangan secara menyeluruh dan teruk."

Belum ada sebarang ulasan rasmi daripada pihak Arab Saudi berhubung pengumuman Houthi itu.

Minggu lepas, kumpulan Houthi menuduh Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Sanaa dan telah melepaskan peluru berpandu ke Wilayah Arab Saudi, sekali gus menamatkan tempoh tenang yang berlarutan berbilang tahun.

Meskipun Riyadh tidak mengulas tuduhan Houthi berkenaan, Kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dengan menyatakan ia menyasarkan lapangan terbang berkenaan bagi menghalang pesawat Iran daripada mendarat.

-- BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.029208 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top