CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan jadikan talak bahan gurauan, taruhan - Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

21-7-2026 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 478| Komen: 18

 



Umat Islam diingatkan supaya tidak sesekali mempermainkan lafaz talak walaupun sekadar bergurau atau dijadikan taruhan kerana ia boleh membawa implikasi besar terhadap institusi rumah tangga.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu hantaran di laman Threads berkata, isu tular seorang suami yang didakwa melafazkan talak tiga sekiranya Argentina tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Menurutnya, berdasarkan pandangan jumhur ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali, talak yang digantung dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku.

“Berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu ialah, ‘Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga.’

“Kemudian syarat itu benar-benar berlaku iaitu Argentina kalah, maka talak tersebut jatuh mengikut pandangan majoriti ulama,” katanya

Beliau berkata, Rasulullah SAW turut mengingatkan bahawa terdapat tiga perkara yang tidak boleh dipermainkan iaitu nikah, talak dan rujuk kerana gurauannya juga dianggap serius di sisi syarak.

Justeru, katanya, setiap Muslim perlu sentiasa menjaga tutur kata kerana satu lafaz yang diucapkan dalam keadaan bergurau atau emosi boleh memberi kesan besar kepada kehidupan.

“Seorang mukmin hendaklah sentiasa menjaga lisannya. Ada kalanya satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan, tetapi kesannya boleh mengubah seluruh kehidupan,” katanya.

Zulkifli turut menasihatkan pasangan yang berdepan situasi sedemikian supaya segera merujuk Mahkamah Syariah atau pejabat agama bagi mendapatkan pengesahan serta penyelesaian mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu, tular dakwaan seorang wanita yang mendakwa suaminya melafazkan talak tiga sebagai syarat pertaruhan sekiranya Argentina tewas dalam aksi final Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 21-7-2026 10:28 AM
bini lawa x? kalau ramai dun worry, ramai boleh jadi cina buta
Quote B40tastePosh 21-7-2026 10:31 AM
Bini tak cantik kot,
Quote chandrahusin 21-7-2026 10:39 AM
semoga jadi pengajaran pd yg lain
talak bkn boleh buat gurau
Quote hart_attack 21-7-2026 11:36 AM
kesian,tp mmg jatuh talak tu.
Talak 3 dh mmg x leh rujuk dh.
Yg laki tu nyesal ke
Quote ninja boy 21-7-2026 11:47 AM
Kalau ada kelas agama yg belajar adab tasauf nikah kawen perdagangan jenayah 1 kelas hanya ada 5 lelaki dan 10 wanita bermaksud ramai lelaki kurang ilmu agama
Quote midori888 21-7-2026 01:16 PM
terus talak 3 dikasi nyer....
Quote lanacondor 21-7-2026 01:31 PM
Bodohnya.. kalau aku jadi bini rasa terhina betul. Elok di sebat je bagi pengajaran kalau jatuh talak benda yg bukan2
Quote KamikuP 21-7-2026 03:05 PM
Bini tak cantik dan kepam seperti acik yg berkuntum kat sini kot

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5543585&extra=&page=325
Quote Decaffeinated 21-7-2026 03:29 PM
bini kasi free kat kawan yang menang tu ka?

aja bodoh jantan macam ni memang jangan dibuat laki. harap belum berbaka lah.
Quote nolya 21-7-2026 05:07 PM
KamikuP replied at 21-7-2026 03:05 PM
Bini tak cantik dan kepam seperti acik yg berkuntum kat sini kot

https://b.cari.com.my/forum.php?mo ...



Whatever his  wife looks, tetap je bini dia, yg dia pilih dulu untuk menikah.  Si laki ni tak blj agama ke, taklik talak pun tak faham/buat taruhan..
La ni, terlepas habis, tak ade rujuk2 lagi dah. Nak cari 'cina buta' pun, kalaulah si cina tu buta selamanya,  buatnya si cina tu celik, nyesal seumur hidup.
Quote ninja boy 21-7-2026 05:23 PM
Edited by ninja boy at 21-7-2026 05:25 PM

Ramai ja dah cerai tapi masih duduk serumah demi anak2 demi duit sbb bini x byk income atau xde tempat tinggal lain, bawa atuk nenek sibling sekali serumah semua x tau korang bercerai
Quote silance 21-7-2026 06:43 PM
“Berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu ialah, ‘Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga.’

Ayat kat atas tu - Si bodo ni cakap depan kawan-kawankan? Bukan depan bini dia. So bininya clueless ingat masih bini?

Messi pun tada fikir sampai gitu.
Quote ultra78 21-7-2026 06:52 PM
Elok la bercerai daripada jantan bodoh mcm ni..

[twitter]https://www.twitter.com/bharianmy/status/2079202415966843208[/twitter]
Quote Firenzza 21-7-2026 07:01 PM
hart_attack replied at 21-7-2026 11:36 AM
kesian,tp mmg jatuh talak tu.
Talak 3 dh mmg x leh rujuk dh.
Yg laki tu nyesal ke

Maybe dah bosan dgn bini, dah buruk debab plk tu... nak cerai direct xde alasan konkrit binik buat affair dgn jantan lain, pahtu jenuh nk ngadap mentua....dh tu je cara senang nk cerai x pyh turun naik mhkmh
Quote airfilterkotor 21-7-2026 07:48 PM
Lelaki ni betul-betul mengutamakan sepakbola berbanding akal yang waras. Ni jenis fanatik sepakbola takleh bawak bincang... sembang bola pun silap-silap boleh perang mulut dengan kawan.
Quote ninja boy 22-7-2026 01:00 AM
Sokong parti politik mana dan bolasepak mana x boleh beritau org lain
Quote nolya 22-7-2026 09:46 AM
silance replied at 21-7-2026 06:43 PM
“Berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu ialah, ‘Kalau Argentina kalah, isteri ...



Kalau ucapan taklik hanya depan kawan2, mcmana bini dia boleh tau.  Mll kawan2 je ke?
Quote eyansss 22-7-2026 08:23 PM
cina buta haram ya dan pernikahan dengan bekas suami/isteri dibuat lepas cina buta ceraikan tak sah ya…  sanggup ke hidup dalam dosa yang nyata?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.039834 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top