CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Gaza Rai Kejayaan Sepanyol Julang Piala Dunia

20-7-2026 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 182| Komen: 4

 



GAZA, 20 Julai (Bernama-Anadolu) -- Rakyat Palestin berkumpul di beberapa kedai kopi di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza, untuk menyaksikan final Piala Dunia FIFA 2026 sebelum bersorak meraikan kemenangan Sepanyol ke atas Argentina, lapor Anadolu Ajansi.

Tayangan perlawanan itu memberi peluang kepada penduduk untuk melupakan seketika tekanan perang dan kesukaran kehidupan seharian di wilayah berkenaan.

Ramai dalam kalangan penonton memberikan sokongan kepada Sepanyol sebagai menghargai pendirian negara itu yang menyokong rakyat Palestin.

“Kami berkumpul untuk menyokong Sepanyol kerana negara itu telah lama bersama rakyat Palestin,” kata penduduk Gaza Numan Abdullah, yang menyaksikan perlawanan berkenaan kepada Anadolu Ajansi. 

Beliau berkata sesi tontonan itu turut membawa mesej keamanan dan solidariti kepada negara-negara yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Kami ialah rakyat yang mendambakan keamanan,” kata Abdullah.

Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 pada Ahad selepas menewaskan Argentina 1-0, sekali gus meraih gelaran dunia kedua selepas kejayaan pada 2010.

Argentina pula gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

-- BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-7-2026 02:50 PM
How about Rohingya, ada masa tengok world cup tak? Sama2 hidup susah kan...
Quote harrydaily 20-7-2026 04:43 PM
Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 pada Ahad selepas menewaskan Argentina 1-0, sekali gus meraih gelaran dunia kedua selepas kejayaan pada 2010. https://2v2io.io/
Quote manopBKK 21-7-2026 07:16 AM
Edited by manopBKK at 21-7-2026 07:18 AM

[twitter]https://twitter.com/jix5a/status/2079193649179508738?s=61[/twitter][twitter]https://twitter.com/thesaviour/status/2079111603396514021?s=61[/twitter]
Quote axl_bach 21-7-2026 08:53 AM
manopBKK replied at 21-7-2026 07:16 AM

Biasa yg butthurt dgn Pessi ni walanaldo jer ni.....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.038751 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top