|
RIYADH: Cristiano Ronaldo tidak mahu namanya tenggelam pada hari Sepanyol dan Argentina menjadi tumpuan utama pentas final Piala Dunia FIFA, manakala pasangannya, Georgina Rodriguez, pula berdepan dilema kerana memiliki pertalian dengan kedua-dua negara. Walaupun Ronaldo lebih rela berada di New Jersey untuk final Piala Dunia, bintang Portugal itu memilih meluangkan masa bersama keluarga di tepi kolam renang. Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, Ronaldo dan Georgina dilihat menikmati sesi berenang dalam suasana santai ketika seluruh dunia tertumpu kepada perlawanan terbesar bola sepak itu. Namun, bukan lokasi percutian mereka yang mencuri perhatian, sebaliknya tindakan Ronaldo terjun ke dalam kolam hanya memakai seluar dalam, bukannya pakaian renang, pantas menjadi bualan hangat di media sosial. Georgina pula kelihatan bersahaja berjalan di dalam kolam ketika aksi final berlangsung.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-8-2026 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.037360 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.