CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaket CEO Nvidia terjual hampir RM4 juta

18-7-2026 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 



New York: Sehelai jaket kulit hitam yang sering digayakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang terjual pada harga AS$960,000 (kira-kira RM4 juta) dalam satu acara lelongan di New York pada Jumaat.

Menurut firma lelongan Sotheby's, harga jualan itu 16 kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran awal iaitu AS$60,000 (kira-kira RM253,000). 

 Jurulelong dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 45 pengumpul menyertai bidaan untuk mendapatkan jaket jenama Tom Ford itu.

Ketua Pengumpul Moden Sotheby's, Brahm Wachter, menyifatkan jaket itu sebagai "sebuah objek yang berkait rapat dengan salah seorang tokoh penting dalam era kecerdasan buatan (AI)." 

Seperti pengasas Apple, Steve Jobs yang terkenal dengan penampilan baju berkolar tinggi (turtleneck) atau CEO Meta, Mark Zuckerberg yang sering mengenakan kemeja-t kelabu, Huang turut menjadikan jaket kulit sebagai identiti gaya utamanya. 

 Beliau dilihat memakai jaket berkenaan dalam hampir setiap penampilan di khalayak ramai termasuk menghiasi muka hadapan Majalah Time pada 2021.

Di bawah kepimpinan Huang, syarikat pembuat cip itu berkembang pesat sehingga muncul antara sebagai syarikat dagangan awam bernilai tertinggi di dunia.

Hasil lelongan itu akan disalurkan kepada Edge Institute, sebuah organisasi bukan keuntungan yang memberi tumpuan kepada pengajaran bahasa Inggeris serta Latihan profesional dalam bidang perniagaan dan pendidikan Barat. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.034871 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top