CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Britain desak FIFA siasat Argentina

16-7-2026 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 


London: Seorang menteri Britain menggesa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjalankan siasatan selepas pemain Argentina mengibarkan sepanduk bertulis 'Las Malvinas son Argentinas' bermaksud Kepulauan Falklands milik Argentina sejurus menewaskan England 2-1 pada separuh akhir Piala Dunia, awal pagi tadi.

Pejabat Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer di Downing Street turut menyokong gesaan yang dibuat Menteri Perniagaan, Peter Kyle susulan insiden selepas perlawanan di Atlanta itu.

Kyle menyifatkan tindakan pemain Argentina mengangkat sepanduk berkenaan sebagai 'pelanggaran serius' terhadap peraturan FIFA yang melarang sebarang simbol atau mesej berunsur politik dipamerkan di atas padang.

"Piala Dunia mungkin bukan milik kami, tetapi Kepulauan Falklands tetap milik kami," kata jurucakap Downing Street.

Argentina pernah menceroboh wilayah seberang laut Britain di Atlantik Selatan itu pada 1982.


Bagaimanapun, Britain berjaya merampas semula kepulauan berkenaan dalam perang singkat selepas kerajaan ketika itu yang dipimpin Perdana Menteri, Margaret Thatcher menghantar angkatan tentera laut.

Kyle menggesa badan induk bola sepak dunia itu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan.

"Politik perlu dipisahkan daripada bola sepak. Malah, antara prinsip utama Piala Dunia ialah memastikan politik tidak dicampuradukkan dengan sukan.

"Perkara ini kini terletak di bawah bidang kuasa FIFA dan kami menjangkakan mereka akan menjalankan siasatan," katanya kepada BBC.

Setakat ini, FIFA belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Britain menguasai Kepulauan Falklands sejak abad ke-19, namun Argentina terus menuntut kepulauan itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Menjelang perlawanan separuh akhir, Naib Presiden Argentina, Victoria Villarruel turut mencetuskan ketegangan apabila menyifatkan rakyat England sebagai 'lanun yang merampas hak orang lain'.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.032319 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top