CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Siapa bocorkan rakaman CCTV?” - Suami tuntut penjelasan Lotus's, berang imej isteri hamil dituduh mencuri tersebar

15-7-2026 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 622| Komen: 11

 


SUAMI kepada wanita hamil yang dituduh mencuri ketika membeli-belah di sebuah cawangan pasar raya Lotus's di Selayang menegaskan akan meneruskan tindakan undang-undang sehingga individu yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya atas tuduhan melulu yang dilemparkan.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, lelaki itu meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan rasmi Lotus's Malaysia berhubung kontroversi berkenaan.

Menurutnya, kenyataan itu kelihatan lebih kepada mahu mempertahankan kakitangan sendiri berbanding mengambil kira kesan emosi dan trauma yang dialami oleh isterinya.

"Selepas segala yang saya dan isteri lalui, ini sahaja kenyataan yang mampu anda keluarkan?

"Apa yang mengecewakan, kenyataan ini lebih banyak meminta orang ramai berhenti mengkritik kakitangan anda berbanding menjelaskan bagaimana insiden yang begitu serius boleh berlaku sejak awal lagi.

"Anda bercakap tentang melindungi kakitangan daripada gangguan dan kecaman di media sosial.

"Bagaimana pula dengan isteri saya yang sedang hamil 38 minggu dituduh mencuri secara terbuka tanpa sebarang bukti?" tulisnya.

Lelaki tersebut juga turut membangkitkan isu kebocoran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan imej isterinya sehingga tersebar di media sosial.

"Mana kenyataan anda mengenai rakaman CCTV yang memaparkan imej isteri saya sehingga ia bocor dan tersebar di media sosial?

"Rakaman CCTV dari dalam premis anda tidak mungkin muncul begitu sahaja di media sosial. Siapa yang membocorkannya? Adakah Lotus's sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab?

"Adakah sebarang tindakan tatatertib telah diambil susulan kebocoran yang jelas melibatkan privasi pelanggan? Atau adakah privasi pelanggan hanya dianggap penting apabila melibatkan kakitangan anda?

"Dalam kenyataan itu, anda memaklumkan bahawa siasatan dalaman telah selesai dijalankan. Jika benar, jawablah persoalan-persoalan ini dan bukannya terus mengelak," katanya. 

Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan permohonan maaf yang dibuat tanpa disertakan penjelasan menyeluruh tidak lebih daripada sekadar damage control.

"Isu ini bukan lagi sekadar tuduhan mencuri yang tidak berasas. Ia melibatkan kecuaian, penghinaan terhadap maruah seseorang serta apa yang dilihat sebagai pelanggaran serius terhadap privasi pelanggan.

"Kami akan terus membawa perkara ini melalui setiap saluran undang-undang yang sewajarnya sehingga setiap individu yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. 

"Percayalah, anda semua akan menyesal," tulisnya lagi.

Lotus's Malaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan terlibat dalam insiden berkenaan.

Syarikat peruncitan itu berkata, pihaknya turut memperkukuh garis panduan, prosedur serta latihan bagi memastikan semua pekerja mengamalkan standard perkhidmatan ditetapkan dan mengelakkan kejadian sama berulang.

Syarikat itu bagaimanapun melahirkan rasa kesal terhadap laporan gangguan peribadi serta ugutan dalam talian yang didakwa ditujukan kepada pekerja terlibat dan ahli keluarga mereka sepanjang isu berkenaan mendapat perhatian ramai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 15-7-2026 03:23 PM
dekat thread udah berbakul  dua staff ni kena kecamm....
org yang defend staff lotus pun kena kecam...sampai deleted post la....
Quote Decaffeinated 15-7-2026 04:30 PM
Aku rasa lah kalau guna normal channel agak susah nak lawan big businesses ni tapi kalau guna medsos mungkin boleh kot... dapat lah voucher shopping sebulan ka tanda permohonan maaf.
Quote shamsadis 15-7-2026 05:15 PM
aku baca ayat Lotus tu betul jugak, mungkin janaan Ai
Quote borne 15-7-2026 06:24 PM
Edited by borne at 15-7-2026 06:27 PM

" Percayalah anda semua akan menyesal. "

Dorang dah menyesal dah bang.  Tau2 la netizen ni bukan nak layan kes panjang2.  Kalo over2 sangat dorang U-turn karang jangan abang pulak yang menyesal bang.  Chill2 sudah..
Quote penmerah 15-7-2026 06:29 PM
Ehhhh byk bunyi pulak Lepas kes ni setel
Annoying pulak kat ngko

Sbb Banyak bunyi... Suspicious pulak dgn ngko ni
Bukan dah buat repot polis ke?
Apa motip nak memekak lagi?
Quote supernaturalee 15-7-2026 06:36 PM
borne replied at 15-7-2026 06:24 PM
" Percayalah anda semua akan menyesal. "

Dorang dah menyesal dah bang.  Tau2 la netizen ni b ...

ayat tak boleh blah

ada unsur2 terpaling di situ



Quote kakikuDibibirmu 15-7-2026 06:44 PM
Apa yang hendak dipelikkan, ahli Parlimen tiap-tiap bulan pun bocor

https://youtu.be/xqnw-q93wyc

[youtube]xqnw-q93wyc[/youtube]
Quote arnabpurplee 16-7-2026 03:47 AM
eh ehh
Quote nisako 16-7-2026 08:06 AM
teruk tul lotus
Quote prince_marhaen 16-7-2026 08:40 AM
Kalau tak silap husband tu lawyer, ada law firm. Tengah cari staff pondan tu. Hahaha masaklah.. jenis tak mengalah ni kekadang bagus juga bagi pengajaran, bapokkk jangan nak emosi sangat kalau tengah kerja, lagi2 kerja kau hari2 menghadap customer..
Quote BungaKencana 16-7-2026 09:33 AM
lotus buat salah AEON amk kesempatan bg voucher huhuhu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044733 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top