CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan dijangka tanggung subsidi bahan api RM40 bilion tahun ini

15-7-2026 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 112| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka menanggung subsidi petroleum hampir RM40 bilion tahun ini sekiranya harga minyak mentah dunia kekal pada paras semasa susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi tekanan besar kepada pasaran tenaga global.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari lalu sebelum jumlah itu melonjak kepada sekitar RM5 bilion sebulan pada Mac dan April akibat kenaikan mendadak harga minyak dunia.

Menurut beliau, subsidi tersebut kemudian menyederhana kepada sekitar RM4 bilion sebulan pada Mei dan Jun, manakala harga minyak terus menunjukkan trend penurunan pada Julai.

“Jumlah subsidi keseluruhan bagi tahun ini tertakluk kepada perkembangan krisis di Asia Barat dan pergerakan harga minyak mentah dunia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Syahir Che sulaiman (PN-Bachok) mahu kerajaan menyatakan penilaian terkini terhadap kesan konflik di Asia Barat berkaitan perbelanjaan subsidi bahan api negara serta bagaimana peningkatan keseluruhan kos subsidi boleh menjejaskan sasaran defisit fiskal bagi tahun 2026.

Mengulas lanjut Chin Tong berkata, walaupun kenaikan harga minyak meningkatkan beban subsidi kerajaan, keadaan itu turut memberi manfaat dari sudut hasil negara apabila setiap kenaikan AS$1 setong harga minyak mentah dunia dianggarkan menambah sekitar RM300 juta kepada hasil berkaitan petroleum Kerajaan Persekutuan, tidak termasuk dividen Petronas.

Katanya, peningkatan hasil itu membantu menampung sebahagian tekanan tambahan terhadap perbelanjaan subsidi bahan api, selain kerajaan terus memantau prestasi kutipan hasil secara berkala bagi memastikan keupayaan menampung perbelanjaan mengurus negara.

Mengulas langkah kerajaan menghadapi kesan konflik Asia Barat, Chin Tong berkata, situasi ekonomi semasa dipantau secara berterusan melalui sesi libat urus mingguan oleh Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas rakyat kekal terjamin, mengawal peningkatan kos sara hidup serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam jangka panjang.


“Langkah intervensi yang jelas, komprehensif dan teratur telah membantu mengekalkan tahap perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara secara ketara,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-7-2026 01:27 PM
Iran diserang, TNB senang
Quote silance 15-7-2026 01:29 PM
Ya sila tanggung tanggung sampai tertonggeng.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.030611 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top