CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq mahu lari 170 km dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Muar tanda syukur selepas bebas

15-7-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 472| Komen: 19

 



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan berlari sejauh kira-kira 170 kilometer (km) dari Istana Kehakiman, Putrajaya, ke Muar, Johor sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan Mahkamah Persekutuan, Isnin lalu.

Syed Saddiq berkata, Larian Kesyukuran itu akan bermula sebaik sidang Dewan Rakyat, berakhir, Khamis ini dan dijangka tiba di Muar pada Ahad.

Perkara itu diumumkan Syed Saddiq pada program udiosiar, BASScast, yang dikendalikan bersama tunangnya, Bella Astillah, malam tadi.

Syed Saddiq berkata, larian itu bukan sekadar menzahirkan rasa syukur, malah ditujukan kepada penduduk Muar yang terus memberi kepercayaan kepadanya biarpun berdepan tempoh sukar sejak enam tahun lalu.

"Seminggu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2022, saya berulang-alik ke mahkamah. Kebiasaannya, jika perkara seperti itu berlaku menjelang pilihan raya, calon akan tewas.

"Tetapi, rakyat Muar tetap beri saya peluang kedua walaupun ketika itu saya berdepan situasi yang sangat getir dan sukar.

"Insya-Allah, tahun depan genap 10 tahun saya berkhidmat. Saya benar-benar terhutang budi kepada mereka.

"Pada mulanya saya bercadang mengadakan kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan, namun, sebelum membuat keputusan untuk berlari saya sudah meminta kebenaran daripada tunang dan dia bersetuju. Saya fikir inilah cara terbaik untuk berkongsi rasa syukur," katanya.

Syed Saddiq memilih memulakan larian dari Istana Kehakiman sebagai tanda penghargaan kepada institusi kehakiman yang disifatkannya sebagai benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan.

"Saya mahu menunjukkan rasa syukur kepada hakim dan institusi kehakiman. Sebab itulah saya pilih memulakan larian dari Istana Kehakiman," katanya.

Syed Saddiq berkata, Larian Kesyukuran turut dijadikan platform mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan di kerusi kawasan Parlimen Muar.

Tambahnya, sepanjang larian itu beliau akan bekerjasama dengan beberapa jenama selain melancarkan kempen kutipan dana secara dalam talian dengan sasaran sumbangan sebanyak RM200,000.

"Kami akan berkongsi perkembangan setiap jam sepanjang larian.

"Sasaran saya adalah mengumpul RM200,000 untuk membeli iPad berkualiti kepada mahasiswa yang memerlukan. Kita juga mahu menyediakan bakul makanan kepada golongan kurang berkemampuan di Muar.

"Kami juga akan salurkan biasiswa bernilai RM500,000. Itulah cara saya membalas jasa warga Muar. Penghormatan paling besar adalah untuk rakyat Muar yang sentiasa bersama saya," katanya.

Sementara itu, Bella berkata, dia akan sentiasa berada di sisi tunangnya sepanjang larian itu.

"Saya akan bersama-sama awak sebagai tanda solidariti. Tengok keadaan, mungkin saya akan berbasikal. Kalau tak larat, saya naik motosikal sahaja," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 15-7-2026 12:42 PM
Sekarang ni nak jadi Wakil Rakyat kena fit , muda sihat... Kalau gemok muda kena pandai main Forex baru boleh jadi wakil rakyat.
Quote B40tastePosh 15-7-2026 12:43 PM
Kat tempat acik banyak Wakil Rakyat gemok tua sembab jee
Quote KamikuP 15-7-2026 12:44 PM
Moga dipermudahkan segala urusan. So swett SS pegang bantal ada muka Bella yg berwajah keibuan itu.. ekeke

Anyhoo.. jemput masuk acik semua :

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5543585&extra=&page=253
Quote Lily_Elizabeth_ 15-7-2026 12:57 PM
Kenapa tak habis habis dengan couple Rendah ni ek?.
Cam minions pun ado.

Selalu skip je, Kali ni nak Komen.
Sebab seeing sangat lalu lalang.
Cam tak minat.

Quote kakikuDibibirmu 15-7-2026 01:25 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Quote ninja boy 15-7-2026 01:36 PM
Edited by ninja boy at 15-7-2026 01:40 PM

Buat kesyukuran dgn larian sambil kutip dana mmg menunggang minta derma, baik naik basikal kalau naik motor kemek nak membonceng belakang
Kenapa kesyukuran tak pergi umrah ka majlis agama ka tanpa kutip dana baru nampak niat kesyukuran itu
Quote Goodluckdontcry 15-7-2026 01:42 PM
Edited by Goodluckdontcry at 15-7-2026 01:45 PM

Larian Kesyukuran???? Xtau la plak den sepanjang hidup, kalau rs bersyukur, kene berlari..mmm...Kepala hotak ko berjambul..nama jer syed al kononnya..tp hidup yg ko pertontonkan kpd umum..liberal tahap cakerawala..sama je dgn pompuan yg so called tunang ko..betulla..sama2 sekufu bab perangai...bab kefahaman tentang ilmu agama..bab etiquette..bab moral etc etc....larian kesyukuran taik kentut ko..harktuihhhhhhhhhh
Quote areyam 15-7-2026 01:58 PM
agak2 boleh menang lagi ke PRU16?
Quote talapia 15-7-2026 02:02 PM
Goodluckdontcry replied at 15-7-2026 01:42 PM
Larian Kesyukuran???? Xtau la plak den sepanjang hidup, kalau rs bersyukur, kene berlari..mmm...Kepa ...

dia dah buat pon sujud syukur aritu kan.. tu salah satu gesture tunjuk kesyukuran pada Tuhan.. selain di mulut sentiasa ucap alhamdulillah..
mungkin dia buat jugak kenduri doa selamat ke apa.. tapi utk rakyat Muar.. better dia gunakan apa saja usaha utk dapatkan fund. Dia boleh berlari.. go ahead. dapat fund.. orang Muar jugak untung. Mungkin wakil rakyat lain ada cara tersendiri nak dapatkan fund utk kawasan dorang..  YB Duyong Melaka pon buat mcm2 utk bantu warga kawasan dia.

Bagus YB2 muda yang telus ni.. semua benda update kt sosial media.. mintak derma.. collect fund.. takleh la org nak pertikai belakang ari
Quote Decaffeinated 15-7-2026 04:49 PM
Ok ja bagi aku dia buat larian untuk raise fund. Apa yang tak boleh nya?
Quote Firenzza 15-7-2026 09:06 PM
Decaffeinated replied at 15-7-2026 04:49 PM
Ok ja bagi aku dia buat larian untuk raise fund. Apa yang tak boleh nya?

Buat je pertandingan mancing hadiah pertama rm1j sure beratus ribu yg daftar yuran 100 hengge....sblm game buat doa kesyukuran kan blh
Quote arnabpurplee 16-7-2026 03:52 AM
hmm larilaaa. kalau i memang tak larat, maybe sebab tak fit hahahah
Quote aint 16-7-2026 10:55 AM
ni penunggang dana...

dpt dana msk poket sendiri ke... sbb tak penah di audit..
Quote L.U.S.M 16-7-2026 11:09 AM
ninja boy replied at 15-7-2026 01:36 PM
Buat kesyukuran dgn larian sambil kutip dana mmg menunggang minta derma, baik naik basikal kalau nai ...

Sebab klu buat majlis kesyukuran dia kne kuar duit...jamu org ribu riban..klu lari boleh kutip duit sambil songlap lg..buat top up majlis nnt

Tipu menipu ni mmg mknn kapel tersangkak ni..hahaha
Quote Tehran 16-7-2026 03:21 PM
Semoga patah kaki.

Sejak dgn janda jalang nii tengok Ayam dah mula pakai seluar jeans

Liberal kepala pungkoq
Quote Tehran 16-7-2026 03:24 PM
ninja boy replied at 15-7-2026 01:36 PM
Buat kesyukuran dgn larian sambil kutip dana mmg menunggang minta derma, baik naik basikal kalau nai ...

dah banyak termakan benda benda kotor
Quote Tehran 16-7-2026 03:37 PM
Babi dua ekor niii kuat main wayang . Mungkin ingat senang kutip duit.
Quote Tehran 16-7-2026 03:41 PM
Jangan makan ikan talapia nanti jadi bodoh
Quote sukacactus 16-7-2026 07:48 PM
Alahai kusyen ats riba tu….cringe!!!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.042415 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top