CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump ganti cadangan caj bayaran balik 20 peratus Selat Hormuz dengan perjanjian perdagangan

15-7-2026 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44| Komen: 2

 



ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk menggantikan cadangan mengenakan caj pampasan sebanyak 20 peratus ke atas kargo yang melalui Selat Hormuz dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan bersama negara Teluk, lapor Anadolu Ajansi.

"Berdasarkan perbincangan yang amat produktif dengan kepimpinan Asia Barat, saya memutuskan untuk menggantikan caj bayaran balik 20 peratus kepada AS dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan dilaksanakan oleh pelbagai negara Teluk di Amerika Syarikat," kata Trump menerusi platform Truth Social.

"Pelaburan ini akan menjadi sangat besar dan pada masa sama memberikan manfaat luar biasa kepada mereka serta masa depan mereka.

"Seperti yang semua sedia maklum, kami mempunyai jumlah pelaburan dolar terbesar ke AS dalam sejarah, namun pelaburan baharu ini akan meningkatkan lagi angka itu. 

"Kami akan menyaksikan lebih banyak kilang, loji dan peralatan dibangunkan di AS pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mewujudkan jutaan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Amerika," katanya.

Trump turut mendakwa bahawa bekalan minyak kini mengalir "seperti tidak pernah berlaku sebelum ini" sambil menyatakan Selat Hormuz kini "terbuka kepada semua kapal kecuali Iran, yang menurutnya berpunca daripada kepimpinan Iran yang "berbohong, ganas dan berniat jahat." 

Beliau berkata, AS akan melaksanakan "sekatan penuh, tetapi hanya terhadap kapal yang keluar masuk pelabuhan Iran atau membawa sebarang kargo berkaitan Iran," sambil berkata "era Iran membunuh ratusan ribu orang, termasuk 52,000 penunjuk perasaan, sudah berakhir dan yang paling penting, Iran tidak akan memiliki senjata nuklear."

Terdahulu, Trump mengumumkan AS akan mengembalikan sekatan terhadap Iran dan mengambil alih tanggungjawab menjaga keselamatan Selat Hormuz, dengan menyatakan AS akan menjadi "penjaga" selat itu serta mengenakan caj sebanyak 20 peratus kepada kapal komersial sebagai bayaran bagi perkhidmatan keselamatan.

Satu memorandum persefahaman (MoU) yang dicapai pada Jun lalu menggariskan penamatan konflik yang bermula pada Februari di semua medan, penarikan sekatan AS terhadap pelabuhan Iran serta pembukaan semula sepenuhnya Selat Hormuz.

Tentera AS melancarkan beberapa siri serangan ke atas Iran sejak kebelakangan ini, dengan Tehran bertindak balas menyerang aset AS di rantau Teluk. Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh melanggar perjanjian berkenaan dan turut mendakwa mempunyai kawalan ke atas laluan perairan strategik itu. – BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-7-2026 01:36 PM
Bil TNB naik lagi 20%
Quote Decaffeinated 15-7-2026 05:09 PM
Malaysia team Iran kan, atuk Trump tau tak?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.053599 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top