|
Pelakon dan bekas penyampai radio, Salih Yaacob berkata dia mengambil pendekatan menjalani kehidupan serba sederhana memandangkan tiada sumber pendapatan tetap sejak tujuh tahun lalu.
Memetik HibGlam, Salih berkata duit simpanan sudah habis namun meluahkan rasa syukur keperluan asas tidak pernah terputus. “Sumber pendapatan dan rezeki mesti ada. Dulu adalah tawaran kerja tapi sekarang apa yang orang bagi itulah sumber saya. Saya hidup dalam keadaan ala kadar sahaja. Kita nak harapkan bantuan, biar Allah yang bantulah. “Duit simpanan semua dah habis tapi masih boleh bertahan lagi. Sekarang dah masuk tujuh tahun saya tak bekerja tapi alhamdulillah setakat ini tak pernah terputus bekalan beras, ada orang bagi,” katanya. Sementara itu, Salih berkata dia tidak pernah berdepan dengan kesempitan hidup serta tidak mahu menyusahkan isteri-isterinya. “Tak ada sesak, saya daripada dulu tidak pernah rasa begitu. Lagipun saya tak nak menyusahkan isteri-isteri saya. Ikut apa benda yang ada sudah,” katanya. Terdahulu, Salih menerima rawatan di Hospital Ampang akibat penyakit darah tinggi. Sumber: HibGlam
|
prince_marhaen replied at 15-6-2026 03:28 AM
Isteri 3, bekas isteri 2, anak ada 13 orang, cucu 18 orang. Takkan tanggung semua kot sampai habis s ...
prince_marhaen replied at 15-6-2026 11:28 AM
Isteri 3, bekas isteri 2, anak ada 13 orang, cucu 18 orang. Takkan tanggung semua kot sampai habis s ...
supernaturalee replied at 16-6-2026 10:23 AM
keluar berita yg die terima lump sum rm5k bayaran utk album pisang panas back in 90s
album yg melet ...
kucingitam replied at 16-6-2026 03:09 PM
kesian dia, 5K je, tapi nilai waktu tu mungkin besar dah.
Album tu mmg meletop2. aku pun ada album ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.080940 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.