CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua anggota Malbatt cedera ringan akibat serangan udara di Lubnan

12-6-2026 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 273| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR – Dua anggota Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 mengalami kecederaan ringan selepas konvoi logistik yang dinaiki mereka terkena kesan sampingan daripada satu insiden serangan udara berhampiran kawasan Haris di Lubnan pagi ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insiden yang berlaku pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan itu berlaku kira-kira satu kilometer di barat Pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNP) 6-43 di Tibnin ketika konvoi Malbatt 850-13 sedang melaksanakan misi ulang bekal rutin menuju ke Tyre.

Menurut beliau, kedua-dua anggota terbabit mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan cermin kenderaan susulan letupan yang berlaku berhampiran lokasi kejadian.

“Dalam kejadian itu, dua kenderaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengalami kerosakan pada bahagian luaran.

“Sejurus selepas kejadian, Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) Malbatt 850-13 dari UNP 6-43 diaktifkan dengan sokongan pasukan perubatan dan elemen logistik bagi membantu anggota terlibat serta menguruskan pemulihan kenderaan yang terjejas untuk dibawa pulang ke pangkalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan yang tiba di lokasi segera melaksanakan penilaian keselamatan, memeriksa keadaan anggota dan kenderaan sebelum mengatur pergerakan konvoi kembali ke pangkalan dengan selamat.

Katanya, kedua-dua anggota yang cedera telah menjalani pemeriksaan perubatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala tiada kecederaan serius atau kehilangan nyawa dilaporkan.

“Waris-waris anggota yang terlibat juga telah dimaklumkan mengenai insiden ini,” ujarnya.

Mohamed Khaled berkata, sebagai langkah memperkukuh keselamatan anggota, Malbatt 850-13 telah meningkatkan langkah berjaga-jaga termasuk memperketat prosedur pergerakan konvoi, mempertingkat pemantauan situasi keselamatan semasa serta memperkukuh koordinasi dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Selain itu, katanya, penilaian risiko yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan sebelum sebarang pergerakan di kawasan operasi bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terjamin.

“Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia akan terus memantau perkembangan situasi keselamatan di kawasan operasi dan memastikan tahap kesiapsiagaan anggota berada pada tahap tertinggi bagi menjamin keselamatan serta kelancaran pelaksanaan mandat misi pengaman di Lubnan,” jelasnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 12-6-2026 02:25 PM
Moga selamat hendaknya
Quote Decaffeinated 12-6-2026 06:06 PM
Ada berapa ratus juta umat Arab tapi masih hadap orang Malaysia nak jaga sempadan. Kalau sempadan kita terancam ada puak2 tu nak datang serah tengkuk ka...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.176533 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top