CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tegas Bab Solat, Setiap Hari Dia Kena Solat Berjemaah Walaupun Baru 8 Tahun” - Adam Corrie

11-6-2026 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 203| Komen: 0

 
 



Pelakon Adam Corrie berkata sebagai bapa dia berusaha untuk memahami karakter anaknya, Adam Fateh yang mempunyai emosi berbeza setiap hari.

Menerusi temubual bersama Majalah Nona, Adam berkata dia tegas dalam mendidik anaknya mengenai solat dan akan pastikan Adam solat berjemaah bersama setiap hari.


“Saya belajar macam mana karakter anak saya, Adam Fateh sebab mood dia dan karakter dia hari-hari tak tak sama.

“Saya tegas, bukan semua benda tapi saya tegas dalam bab solat. Dia setiap hari dia kena solat berjemaah dengan saya walaupun dia baru lapan tahun,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata meskipun perlu diberi penekanan dalam bab solat apabil anak mencecah usia 10 tahun namun anaknya sudah mampu mengikutinya untuk solat bersama.

“Sebenarnya saya nak ajar dia solat pada usia dia 10 tahun. Tapi, sekarang dia dah boleh baca surah Al-Fatihah, dah boleh baca tahiyat akhir, saya suruh dia berjemaah dengan saya.

“Tapi waktu Subuh memang tak la, bila Subuh memang dia lesu. Waktu lain seperti Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, insyaAllah,” katanya. 

Dalam pada itu, Adam berkata dia menyangkakan sukar untuk mendidik anak tentang solat, namun bersyukur anaknya itu mudah untuk mengikuti apabila diajak untuk solat.

“Tapi saya tak sangka, saya ingat saya susah nak ajar dia solat. Lepas tu bila saya ajar dia, saya panggil dia solat, dia okey saja, dia pergi ambil wuduk, solat dengan saya.

“Alhamdulillah, saya rasa macam lega, dan bukan banggalah tapi at least saya didik anak sendiri solat daripada didik anak sendiri pergi main benda lain,” katanya.

Sumber: Majalah Nona, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top