CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, paling lama berkhidmat

10-6-2026 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 257| Komen: 1

 


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya, Perdana Menteri India, Narendra Modi atas pencapaian bersejarah menjadi Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat dalam sejarah India.

Anwar menerusi hantaran Facebook berkata, pencapaian ini merupakan bukti kepada dedikasi dan kepimpinan beliau selama bertahun-tahun dalam memacu pembangunan, kemakmuran serta memperkukuhkan kedudukan India di pentas global.

“Malaysia amat menghargai hubungan persahabatan rapat dan sekian lama terjalin dengan India. Saya berharap dapat meneruskan kerjasama dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluaskan peluang untuk rakyat kedua-dua negara.

“Saya mendoakan Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan, dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran,” katanya hari ini. 

 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_white 11-6-2026 10:54 AM
Ada yg bagi gelaran baru untuk pmx .bapa talipon negara.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060416 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top