CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adrian Adam Menahan Sakit Setiap Malam, Bengkak Di Betis Sebesar Bola Takraw

5-6-2026 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1210| Komen: 11|Original author: Inigo-Montoya


Screenshot-2026-05-25-at-2.43.57-PM.png


Pelakon Amyza Aznan berkata setiap malam anak keduanya, Adrian Adam menaha sakit akibat kanser tulang yang dihidapinya.

Menerusi siaran langsung di Instagram, Amyza berkata perkara itu memberi impak pada emosinya lebih-lebih lagi  mendengar rintihan anak keduanya itu.

“Satu dah pergi (Allahyarham Andre), seorang lagi sakit sama. Sekarang ini, setiap hari dan setiap malam dia cakap sakit.

“Saya tak tahu nak cakap dan buat apa. Apa boleh saya buat? Setiap malam sebelum tidur saya akan tanya dan dia jawab sakit.

“Namun dia pula sebelum ini tak mahu cakap kongsi kesakitan itu dengan saya tetapi cakap kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata Adrian sering sembunyikan kesakitan dialaminya namun minggu lalu kesakitan dialaminya semakin kerap sehingga anaknya itu menangis.

“Minggu lalu, hampir setiap hari, bila sudah tidak tahan sangat kesakitan, menangis. Dia anak yang sangat baik tetapi dia pandai tipu mak dia. Bila tanya sama ada dia sakit, jawabnya tidak,” katanya.

Berkongsi mengenai rawatan yang dijalani oleh Adrian, Amyza berkata anaknya menjalani rawatan di beberapa tempat dimana kos rawatan mencecah RM900.

“Ketika ini, Adrian sedang menjalani rawatan di beberapa tempat, kami tidak fokus pada satu lokasi sahaja. Setiap sesi rawatan sekitar RM900. Itu baru satu tempat dan kami ada pergi ke beberapa lokasi lain.

“Dengan teknologi baru ini, kita harap tak perlu menjalani pembedahan dan kanser itu akan hilang begitu sahaja. Begitulah harapan kami.

“Doktor juga beritahu dia perlu menjalani sebanyak 80 sesi rawatan bersamaan dengan empat bulan lagi. Kos rawatan juga mencecah RM53,000, belum lagi sesi lain yang berdaftar,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza berkata kaki Adrian kini dalam keadaan bengkak pada bahagian betis dan sukar untuk berjalan.

“Sekarang Adrian ‘foot drop’ (sukar mengangkat kaki) sebab bila bengkak, beri tekanan kepada saraf dan kerana itu tak boleh angkat. Bengkaknya sangat besar pada bahagian betis yang sebesar bola takraw, berat dia nak jalan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 5-6-2026 07:09 PM
Di buat rawatan alternatif ke.kenapa tidak di HKL?
Quote MisXoXo 5-6-2026 07:11 PM
Anak dia dapat rawatan di mana? Hospital HKL kan.mcmana kos boleh banyak mcm tu
Quote Purplehaz 5-6-2026 08:43 PM
bsr bola takraw?? Allahu ... kena operate buang ni. jgn tunggu lama.
moga cepat sembuh.  dipermudahkan urusan .
Quote menjad 5-6-2026 09:46 PM
X operate? Boleh ker hilang benjolan sekadar rawatan biasa. Risau bertangguh naik stage lagi payah nak sembuh. Entah lah
Quote red_velvet 5-6-2026 10:09 PM
Skeptikal sikit aku ngan amiza ni.. Hari tu masa anak dia meninggal dia macam marah dgn team hospital.. Harap bawak la Adrian ni cepat gi hospital..risau dengar ketumbuhan sebesar bola takraw tu.. Siannya...
Quote LadyWhistledown 5-6-2026 10:16 PM
cuba la pergi ppum. ppum ada alat canggih utk rawatan kanser..
Quote anarina 7-6-2026 04:58 PM
red_velvet: Skeptikal sikit aku ngan amiza ...


Ye me too, dia ni ckp mcm tak berapa sekolah sgt kdg2, tp tulah kesian, sometimes berharap tu blh tp kene realistik jgk, anak dia mmg dah terminal aritu but then dia yg denial maki2 hosp nak bwk keluar apa semua lg, ujung2 passed on. Gitulah.
Quote fattymah 7-6-2026 05:04 PM
Laki sheols bukan kerja lanyard ijo ke.. hat ni dah cukup 18 eh
Quote MissVixen 8-6-2026 01:56 AM
Innalillah. Kesiannya budak tu dan ibunya. Kalau betul kanser tulang, memang kanser paling sakit.
Luluh hati ibu dengar dan nampak anaknya yang kesakitan.
Semoga diberi kelapangan, dikurangi kesakitan seluruh keluarga amyza aznan.
Quote sayawifenikmie 8-6-2026 02:12 AM
sebenarnya dia bawa anak dia dapatkan rawatan di mana ?
dah makin melarat dah
kesian adrian
Quote ihtisyam1 14-6-2026 03:41 PM
aku rasa bukan kat hospital..  rawatan alternatif kot

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.162596 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top