CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bila Bab Haji, Tiada Siapa Dapat Potong Giliran Atau Beli Panggilan Allah” - Ezad Lazim

19-5-2026 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 840| Komen: 2

 



Terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini, penyanyi Ezad Lazim berkata peluang untuk menunaikan ibadah haji tidak boleh dibeli dengan populariti.

Memetik Bernama, Ezad berkata dia dan isteri, Zeana Ramli menunggu dalam tempoh lama seperti berjuta individu yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

“Ramai fikir bila jadi artis, duit ada, nama dikenali, jadi semuanya mudah tapi bila bab haji, tidak ada siapa dapat potong giliran atau beli panggilan Allah. 

“Kami menunggu lama. Alhamdulillah, tahun ini isteri saya terlebih dahulu terima tawaran, manakala saya membuat rayuan sebagai mahram sebelum akhirnya kami sama-sama terpilih. Perasaan itu memang sukar diungkap dengan kata-kata,” katanya.

Sementara itu, Ezad berkata ketika berdiri di hadapan Kabaah air matanya mengalir dan disana dia memahami bahawa statusnya sebagai artis tidak membawa apa makna.

“Disini tiada siapa kenal kita sebagai artis. Yang ada cuma kita dengan dosa-dosa kita, doa-doa kita dan harapan untuk diampunkan.

“Ada masa saya tidak mampu bercakap. Air mata datang sendiri. Bila tengok kaabah teringat siapa diri kita sebenarnya, segala yang kita kejar di dunia tiba-tiba rasa kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Zeana berkata dia mendaftar haji pada 2009 selepas pulang dari umrah pertama kali dan menabung selama 17 tahun.

“Saya menabung, bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan. Saya memang sasar tahun ini adalah tahun saya,” katanya.

Sumber: Bernama, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tweetytweety 19-5-2026 12:12 PM
Alhamdulillah.
Moga terpelihara kesihatan. Dipermudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur.
Ameen.
Termasuk juga Tomok dan isteri. Tak silap ada pic mereka ada ber gambar bersama di sana. Tak ingat kat media sosial mana.
Quote LadyCarefree 20-5-2026 12:08 AM
Apa pula ada duit takleh? Boleh je.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.027222 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top