|
Pelakon Syida Melvin berkongsikan mengenai nasihat buat para wanita mengenai pilihan dalam kehidupan. Menerusi hantaran di Threads, Syida berkata dalam hidup kita mempunyai pilihan namun wanita tidak perlu memilih untuk bertahan dalam penderitaan. Menurut Syida lagi, wanita boleh memilih kehidupan untuk dihargai dan tidak perlu mengorbankan diri sendiri. “Woman to woman. Hidup itu pilihan. Jangan memilih untuk terus bertahan dalam penderitaan. “Pilihlah untuk menjadi wanita yang dihargai, dibahagiakan, dan diusahakan tanpa harus mengorbankan dirimu sendiri,” tulisnya. Dalam pada itu, Syida berkata kebahagiaan yang dikecapi itu bermula daripada diri sendiri dan wanita perlu kuat serta mampu untuk berdikari. “Tapi ingat, kebahagiaan juga bermula dari dirimu. Kamu harus terus kuat dan mampu berdiri di atas kaki sendiri..” katanya. Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Syida dilapor telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim pada Disember tahun lalu. Sumber: Rotikaya
|
prince_marhaen replied at 19-5-2026 11:26 AM
Laki soft spoken, hari2 kerja, malam buat live meniaga koko, sambil jaga anak, keturunan baik2 anak ...
prince_marhaen replied at 19-5-2026 11:26 AM
Laki soft spoken, hari2 kerja, malam buat live meniaga koko, sambil jaga anak, keturunan baik2 anak ...


irvene replied at 21-5-2026 09:47 AM
kaya ke chuolss?

irvene replied at 21-5-2026 01:47 AM
kaya ke chuolss?
evlinne replied at 19-5-2026 02:07 PM
Derita apa tah
Bukan kawen laki b40 yg mewarisi kemiskinan bergenerasi.. bukan duduk rumah buruk ata ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-6-2026 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063857 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.