CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda dakwa Beego enggan lafaz cerai meskipun diberi peluang

18-5-2026 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2623| Komen: 29

 


Pelakon Linda Hashim, 41, mendakwa suaminya, Beego enggan melafazkan cerai walaupun Hakim Syarie Nadia Khamis memberi peluang untuk berbuat demikian pada prosiding, hari ini.

Pasangan berkenaan sedang mengikuti prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkan oleh Linda sejak lebih setahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. di sini.

Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim mendakwa Beego, 45, memilih untuk tidak melafazkan cerai dan mahu meneruskan prosiding pada tarikh perbicaraan seterusnya sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah.

"Sebenarnya ada soalan juga daripada hakim (syarie) untuk dia (Beego) melafazkan (cerai), tetapi masih tidak mahu memberi kerjasama apabila tak nak lafaz juga. Dia terus defend (pertahan) untuk proses seterusnya.

"Tidak ada alasan (kenapa Beego enggan lafaz cerai). Dia memang cakap yang dia tak nak lafaz, hari ini. Dia (Beego) tetap teruskan kes, jadi panjang lagi perbicaraan kami," katanya kepada Harian Metro.

Linda ditemui hadir bersama Peguam Syarie, Nurul Fadzillah Kamaluddin di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, prosiding pengesahan lafaz taklik, hari ini terpaksa ditangguh selepas peguam syarie mewakili pihak defendan (Beego) difahamkan hadir lewat ke mahkamah.

"Pada perbicaraan hari ini, saya memberi keterangan. Cuma, masa pun sudah suntuk disebabkan peguam dia (Beego) datang lambat kerana ada kes di tempat (mahkamah) lain. Jadi (perbicaraan), kami terpaksa bermula lewat.

"Bila mula lambat (perbicaraan) dan keterangan kami juga panjang sebab memang berat dan detail (terperinci), maka bila dah hampir waktu makan tengah hari menyebabkan prosiding terpaksa dihentikan dulu," katanya.

Katanya, mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu untuk kes mereka pada 18 Jun dan 9 Julai depan.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 18-5-2026 06:28 PM
jenuh la bila nak tunggu tarikh next prosiding ni
tak tenteram
Quote asfaz 18-5-2026 09:41 PM
Jantan tak guna. Sengaja aje tu. Mmg silap besar kau bagi peluang lepas dapat bercerai dlu.
Quote kaedahnya 18-5-2026 09:43 PM
Kowser la Laki suka menyusahkan bini nih
Quote chanteksekali 18-5-2026 11:13 PM
Aduuuuuh
Quote doubleA 19-5-2026 12:04 AM
Jantanpalingtaguna jatuh kt begok ni. Balas dendam kt linda la tu
Quote Purplehaz 19-5-2026 07:59 AM
sampailah umur tua x selesai lg..nk kawin lain pun dh kertu.
Quote nisako 19-5-2026 08:06 AM
sian linda
Quote KamikuP 19-5-2026 09:33 AM
Sudah betoi nak kene cerai
Quote supernaturalee 19-5-2026 09:52 AM
setajah tutraj tak nk komen ke yg ni

Quote Lorra2411 19-5-2026 09:57 AM
jujur meolss nak tanye ni... mahkamah x boleh buat apa-apa ke ek???
Quote hihanghoheng 19-5-2026 10:19 AM
Memang jantan x guna beego ni
Quote zeetot 19-5-2026 11:26 AM
masa 1st time tu sepatutnya tak menoleh lagi. wonder apayg buatkan linda nak rujuk masa tu
Quote apedehal 19-5-2026 11:32 AM
Cantik linda ni
Quote selipar_hijau 19-5-2026 02:31 PM
beego mcm nak ajar cukup2 kali ni
kesian linda tapi dia juga yg nak dulu
Quote sue_liah 19-5-2026 04:57 PM
kesianya linda..smpai hati ek beego wat gitu
linda lawakan kalau cerai mesti jantan tu gila talak
kalau tahu kena tipu mesti linda sujud sukur dh cerai hari tu
Quote miracle_forever 19-5-2026 05:12 PM
vaveeee nya beego ni!
Quote miracle_forever 19-5-2026 05:15 PM
opps tak sempat abis type dah click reply!  jilaker jantan serupa beego ni. dah tu hakim pun takde kuasa ke nak warn jantan sundal & approve je v
cerai taklik tu. nak tunggu jantan ni mampus ke baru dapat finalise cerai or tukar status jadi balu instead of janda???
Quote supernaturalee 19-5-2026 05:17 PM
yg ni mmg sgt kesian

sheols dh stand up

tp birokrasi tak menyebelahi dia



i wonder ape lagi step yg ada spy perceraian tu sampai titik noktah

biarlah tak dpt ape2 hasil pun dari marriage tu

yg penting, it's over

kecuali anak2 yg mcmn pun tetap anak2 si jantan tu


Quote miracle_forever 19-5-2026 05:37 PM
Lorra2411 replied at 19-5-2026 09:57 AM
jujur meolss nak tanye ni... mahkamah x boleh buat apa-apa ke ek???

tu la.. kesian betul linda ni. sampai hila nak kena gantubg tak bertali. apa guna ada mahkamah syariah? mmg nak bagi business kat lawyer je ke

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.310281 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top