CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Pernah Di Fasa Rasa Diri Lebih Berjaya Dari Suami…Mula Hilang Hormat Tanpa Sedar” - Reen Rahim

18-5-2026 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1245| Komen: 8

 



Pelakon Reen Rahim mengakui dia juga sama seperti pasangan lain tidak terlepas melalui ujian rumah tangga sepanjang bergelar isteri.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Reen berkata dia pernah di fasa merasakan dirinya lebih berjaya tanpa sedar membuatkan dirinya hilang hormat terhadap suaminya.


“Saya pernah berada di fasa apabila saya terasa diri lebih berjaya daripada suami sendiri. Kami berdua diuji pada awal perkahwinan. Hazim Zainal diuji dengan kekurangan, manakala saya diuji dengan terlebih daripada cukup.

“Saya ada duit. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu. Saya rasa saya boleh lakukan semuanya sendiri. Dan perlahan-lahan, saya mula hilang rasa hormat terhadap suami tanpa saya sedari.

“Cara percakapan saya menjadi kasar. Hati pula semakin keras. Apabila suami tidak mampu memberikan apa yang saya mahukan, saya mula memandangnya kecil,” tulisnya.

Sementara itu, Reen berkata meskipun dirinya ego ketika itu namun suaminya tetap bersabar serta tunjukkan contoh yang baik sehingga menyedarkan dirinya.

“Ketika itu, hanya Allah yang tahu betapa sabarnya dia dan kuatnya doa yang dipanjatkannya. Walaupun emosi saya tidak menentu sekejap dingin, sekejap baik dan lama-kelamaan menjadi semakin ego serta keras hati, dia tetap tidak melawan.

“Dia terus menunjukkan contoh yang baik, sentiasa berlembut dan mengalah. Dia juga tetap menjaga imannya. Saya ingatkan masalah kami ketika itu ialah duit. Rupanya, masalah sebenar ialah hati saya yang belum difahamkan Allah tentang makna sebuah perkahwinan.

“Sampai satu tahap, saya penat dengan diri sendiri. Penat hidup dalam ego. Penat mahu sentiasa menang. Penat merasakan diri sentiasa betul. Dari situ saya mula berdoa agar Allah lembutkan hati saya sekiranya saya bersalah,” katanya.

Dalam pada itu, Reen turut meluahkan rasa syukur Allah mengubah caranya memandang suaminya dan sebagai isteri perlu percaya pada suami untuk menjadi lebih berjaya.

“Dan perkara yang paling saya tidak sangka, apabila saya berubah, suami saya juga berubah. Dia menjadi lebih kuat. Lebih yakin. Lebih berjaya.

“Hari ini saya faham, kadang-kadang seorang lelaki tidak memerlukan perempuan yang sentiasa mendesaknya untuk menjadi hebat. Dia cuma memerlukan seorang isteri yang percaya bahawa dirinya mampu menjadi hebat,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-5-2026 05:32 PM
Acik kepam kat sini yg jadik janda ada rasa macam si reen tu tak tak hormat suami ingat diri tu beso sgt cerkabo.. ekekeke
Quote Purplehaz 19-5-2026 08:30 AM
jgn lah buat suami mcm adik2 ko..kang penyondol ambil alih meroyan. .
Quote sukanyanyi 19-5-2026 09:45 AM
Alhamdulillah...
Quote supernaturalee 19-5-2026 10:01 AM
terbawak2 ke luar set kot


Quote annabellaruz2 19-5-2026 03:39 PM
Alhamdullilah sempat sedar daripada terus terleka...
Semoga cepat dikurniakan baby..mesti comel mcm Reen..
Quote annabellaruz2 19-5-2026 03:40 PM
Alhamdullilah sempat sedar daripada terus terleka...
Semoga cepat dikurniakan baby..mesti comel mcm Reen..
Quote sphinx 19-5-2026 04:21 PM
reen ni cantik.. manis je
jenis muka yg kalau marah pun lawa, nangis pun lawa..
moga berbahagialah selalu
Quote beautifulorchid 20-5-2026 01:54 PM
Macam muke mak neelopa pulak gambar tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 1.031240 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top