CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH Mahu ‘Kuburkan’ BN Buat Kali Kedua Di Johor, Sahut Cabaran Berentap Di 56 DUN

18-5-2026 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1368| Komen: 25

 


Pakatan Harapan (PH) Johor melaungkan amaran untuk ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) buat kali kedua di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Serentak itu, PH turut mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai reaksi terhadap pengumuman Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam bahawa gabungan itu akan bertanding solo di semua kerusi.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya tidak akan sesekali goyah dengan keputusan BN itu malah bersedia menyahut cabaran berkenaan.

“BN pernah kalah di Johor dan PH pernah menang 38 kerusi DUN serta memerintah negeri ini pada 2018.

“Dalam pilihan raya negeri kali ini kita akan kuburkan mereka kembali untuk kali kedua,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Mengulas keputusan bertanding di semua 56 kerusi DUN, Aminolhuda berkata langkah itu dibuat selepas BN sendiri memberi bayangan jelas untuk bergerak solo dalam PRN akan datang.

“Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah menyatakan (BN) akan bertanding di 56 kerusi, maka PH Johor akan turut sama bertanding di 56 kerusi, mereka (BN) telah beri laluan dan kata putus.

“Walaupun ada yang menyatakan kenapa hendak bertanding dengan rakan sendiri? Ini kerana mereka yang isytiharkan, maka kita (PH) sambut,” katanya.

Ahli Parlimen Sri Gading itu turut mendakwa tindakan kerajaan negeri melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan menunjukkan BN bimbang kehilangan sokongan rakyat khususnya di kawasan bandar.

Katanya, terdapat tujuh kawasan DUN di Johor mempunyai lebih 100,000 pengundi namun kerajaan negeri tidak berani melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Dakwanya, jika persempadanan semula dibuat, kawasan bandar akan bertambah dan BN tahu sokongan di kawasan itu banyak memihak kepada PH.

“Sebab itu mereka tidak berani buat persempadanan semula,” katanya.

Sumber : Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 18-5-2026 12:14 PM
Umno J umum without consent wak ke? N9 aritu pun wak macam tak tau 14 worangs punya plan.
Quote ninja boy 18-5-2026 02:27 PM
Nak jatuhkan pelapis muda lantikan sultan ka
Quote pengecatbintang 18-5-2026 02:51 PM
Edited by pengecatbintang at 18-5-2026 02:52 PM
silance replied at 18-5-2026 12:14 PM
Umno J umum without consent wak ke? N9 aritu pun wak macam tak tau 14 worangs punya plan.

selain Wak Jahit

majoriti Umngok mmg nak pisah ngan Gov Madani

kalo bukan sebab Wak

mmg Umngok tak nak join Gov Madani

sebelum Umngok join Gov Madani pon

Tok Mat pon prefer jadik pembangkang

sebenarnya Umngok pon nak jatuhkan Wak Jahit

nak gantikan dgn lain mcm Dato Jo

kalo tak silap

beberapa tahun lepas depa cuba jatuhkan Wak jahit dalam Perhimpunan Umngok

depa nak naikkan Dato Jo

tapi gagal

lepas tu

depa x brani cuba lagi

sbb kalo gagal lagi

nahas depa

ini macam perumpamaan







Quote pengecatbintang 18-5-2026 02:57 PM
pengecatbintang replied at 18-5-2026 02:51 PM
selain Wak Jahit

majoriti Umngok mmg nak pisah ngan Gov Madani

kebanyakan pemimpin & ahli Umngok yg ada jawatan..
depa ni dah biasa dok kat driver seat

la ni depa jadik passenger

rimas ler x bole buat suka ati

dah lame puasa dari menyakau & ambek resuah

dah lama x makan duit haram

macam gian isap rokok atau tonggang air haram

gian nak menyakau n ambek resuah

kalo Umngok jadik PM Mesia semula

mgkn Bijan ada harapan kuar penjara





Quote gigahertz 18-5-2026 03:03 PM
silance: Umno J umum without consent wak ke? N9 aritu pun wak macam tak tau 14 worangs punya plan.

the only kubu kuat orang melayu ada tinggal Johor sahaja.


Quote gigahertz 18-5-2026 03:03 PM
silance: Umno J umum without consent wak ke? N9 aritu pun wak macam tak tau 14 worangs punya plan.

the only kubu kuat orang melayu ada tinggal Johor sahaja.


Quote pengecatbintang 18-5-2026 03:09 PM
la ni rekyat kena pilih

nak gov madani yg pastikan sakau & resuah x der kat Mesia

atau

Umngok & Pee End yg ada sejarah sakau n resuah yg teruk

masa depan Mesia ditangan pengundi

pilih pemimpin sakau & resuah atau pemimpin yg bersih

yg pasti

Allah SWT akan tanya kat mahsyar nnt

naper ko undi si polan

kat porum ni dan kat dunia ni

boleh ler ko eksyen

claim ko berhak pilih sapa jer yg ko nak

dan dgn bongkak n ego kata ko punya pasal lah nak undi saper (sambil flip hair)

ya..

Allah SWT bagi ko peluang nak wat apa jer kat dunia ni

tapi ingat

setiap apa yg kita buat

kita kena jawab & tanggungjawab masa hisab kat mahsyar nnt  
Quote Decaffeinated 18-5-2026 03:09 PM
Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam bahawa gabungan itu akan bertanding solo

apa maksud going 'solo', without MCA/MIC?
Quote pengecatbintang 18-5-2026 03:36 PM
Decaffeinated replied at 18-5-2026 03:09 PM
apa maksud going 'solo', without MCA/MIC?

lepas Umngok join Madani

atas asas perpaduan

PH bagi laluan & support kpd Umngok utk bertanding kat DUN yg dikosongkan

cth :

DUN Juasseh - Umngok BiBi (wife Isa Samat) menang Ogos 2023

DUN Lenggeng - AMANAH bagi kerusi kat Umngok masa PRN 2023

atas dasar perpaduan

PH banyak mengalah kat Umngok

tapi la ni

Umngok N9 & Johor tikam blakang PH

--

kalo dengan pemimpin politik parti bersekutu depa bole tikam

stakat kita rekyat marhaen ni

depa sakau jer duet rekyat

depa pedulik haper ngan rekyat n bangsa depa (melayu)

dosa tu tolak tepi

yg penting dapat sakau n resuah

--

dalam pergaulan idup kita seharian ni

sama ada dgn ahli keluarga, sedara, kawan2 n masyarakat

kita ada jer jumpa mereka2 yg selfish n tikam blakang ni

bermoralkah mereka2 yg selfish n tikam blakang ni

tak benci ker kita ngan mereka2 yg selfish n tikam blakang ni

mgkn depa pinjam duit kita, janji nak bayor tp x bayo

depa bole melancong sana sini, kita terpakse ikat perut

kita x bagi pinjam duit kat adik yg dok serumah ngan kita

bila kita pi mandi, adik bukak wallet/ purse kita

songlap 3 note RM50

kalo kita x bagi pinjam cth motor atau kereta

masa kita tidur

depa guna jer kereta atau motor kita tanpa kebenaran

bila kereta/ motor tu eksiden

depa lepas tangan

--

bole cayer ke ngan politikus penyakau n peresuah

depa dah perintah Mesia puluhan tahun

akibatnya

sakau n resuah jadik kanser

staff gomen mcm pulis, imi, kestem dll pon ikut sakau n resuah

coba tengok

staff kuarters gomen semua teruk2 zaman umngok perintah

duit mentenen kuarters tu masuk ke kantung politikus penyakau n peresuah

zaman madani - baru ler PMX start bela balik kuarters2 ni

naikkan gaji staff gomen 2 kali

bagi balik hak2 Sarawak & Sabah

--

la ni Mesia sedang dibersihkan dari sakau n resuah

kalo nak Mesia jadi macam dulu balik

undee lah Umngok atau Pee End

akibatnya di kemudian hari

Quote Purestteam1 19-5-2026 06:25 AM
agaknya dilema pengundi johor... nk undi sapa.. sebab undi umno sblm ni kena kawin paksa ngan pakatan...haha
Quote Minami2013 19-5-2026 07:14 AM
Purestteam1 replied at 18-5-2026 10:25 PM
agaknya dilema pengundi johor... nk undi sapa.. sebab undi umno sblm ni kena kawin paksa ngan pakata ...

Bukan johor je rase nye. Skrg ni mmg tak de satu pun parti politik yang stable dan reliable utk teraju negeri/negara.
Quote ninja boy 19-5-2026 07:37 AM
Undi org berkaliber ja, bukan undi parti, bukan ka tun memecah belah parti sana parti sini nampak sisi buruk umno dap pas muda keadilan dll, hujung2 undi individu yg boleh buat kerja dgn bijak, org bijak akan dijatuhkan juga, pelapis muda xde pengalaman, hujung2 x nampak siapa pm yg layak di masa hadapan
Quote pengecatbintang 19-5-2026 08:35 AM
masih kah kau lupa..

dulu zaman Abahcow PM

masa PRN Johor

Abahcow bgtau..

80% utang penerockerzs PILDA write off

so..

Pee End menang besaq kat PRN Johor

tapi yg membayo utang write off RM8 billion tu PMX

tak memasal semua rekyat Mesia kena tanggung utang RM8 billion tu
Quote pengecatbintang 19-5-2026 08:38 AM
pengecatbintang replied at 19-5-2026 08:35 AM
masih kah kau lupa..

dulu zaman Abahcow PM


Kenang jasa Muhyiddin lupuskan hutang peneroka

ZULHISHAM ISAHAK -   21 Februari 2022

KULAI - Satu daripada sumbangan terbesar Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjadi Perdana Menteri adalah melupuskan RM8.3 bilion hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada tahun lalu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, keputusan diambil kerajaan Persekutuan pimpinan Presiden Bersatu itu adalah bagi meringankan beban peneroka.

Menurut beliau, semasa Barisan Nasional (BN) memerintah negara, perkara tersebut tidak terfikir dan tidak mampu dilakukan malah sehingga gabungan itu tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kita kena beritahu semasa Felda di bawah pemerintahan UMNO dan BN dulu, mereka terpaksa tanggung hutang yang amat tinggi.

Quote pengecatbintang 19-5-2026 08:43 AM
Edited by pengecatbintang at 19-5-2026 08:45 AM

bila utang peneroka write off

akan ada pihak yg tanggung utang tu

sapa yg tanggung?

duet gomen ler yang tanggung

duet gomen tu duet rekyat

apa ke bodoh 34 juta rekyat Mesia tanggung utang penerockerzs PILDA RM8.3 billion

100,000 orang Penerockerzs sedap sedap tiap2 bulan makan hasil sawit & getah dari 4 ke 6 hektar kebun depa

utang depa kita yg x dok tanah n kebun ni plak yg tanggung

haa..

sokong ler lagik Pee End

da tua pon bodo






Quote pengecatbintang 19-5-2026 08:48 AM
Edited by pengecatbintang at 19-5-2026 08:56 AM

"Kita kena beritahu semasa Felda di bawah pemerintahan UMNO dan BN dulu, mereka terpaksa tanggung hutang yang amat tinggi.

--

cuba korang pikir..

naper artikel tu kata..

utang penerockerzs masa Umngok n BN amat tinggi

coba korang tanya Bijan kat Penjara Kajang naper utang penerockerzs tinggi zaman Bijan PM

--

haa tu ler bodo

undi lagik Umngok & Bee End

da tua pon bodo








Quote pengecatbintang 19-5-2026 08:53 AM
Edited by pengecatbintang at 19-5-2026 08:54 AM
pengecatbintang replied at 19-5-2026 08:35 AM
masih kah kau lupa..

dulu zaman Abahcow PM


PM Anwar tunjuk bukti tandatangan hapus hutang peneroka hariini
Diterbitkan:  Jul 20,2023 8:00 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakanbukti bahawa beliau telah menandatangani dokumen bagi penghapusan hutangpeneroka Felda esok.

“Saya boleh bawa, tak perlu tunggu 24 jam, dalam 12 jam sayaboleh. Memang saya tandatangan pada 27 Jun lepas. Kenapa dia (bekas PerdanaMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) tak buat kerja, tak tahu.

Anwar berkata demikian bagi menjawab tuntutan Muhyiddinkepada beliau agar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secarabertulis susulan kenyataannya yang mendakwa hutang peneroka Felda berjumlahRM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin.

Tuntutan itu dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julaimenerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Quote pengecatbintang 19-5-2026 08:55 AM
pengecatbintang replied at 19-5-2026 08:53 AM
https://m.malaysiakini.com/news/672524
PM Anwar tunjuk bukti tandatangan hapus hutang peneroka hari ...

hapus utang RM8.3 billion - Abahcow

settle utang RM8.3 billion - PMX
Quote axl_bach 19-5-2026 08:58 AM
Mimpi lah masing2, x ada satu koalisi pun yg mampu perintah solo molo tremolo skamg ni.....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top