|
Pelakon Rozita Che Wan kurang bersetuju jika anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mahu menjadi pelakon atau penyanyi apabila dewasa kelak. Menerusi satu video TikTok, Che Ta berkata dia berharap anaknya menjadi ustazah ataupun seorang usahawan. “Mommy nak Aaisyah jadi ustazah. Tak payah jadi pelakon, tak payah jadi penyanyi. Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak hang kena niaga juga. “Jadi ustazah, kalau tak jadi ustazah, jadi bisnes woman,” katanya. Sementara itu, Che Ta berkata dia bersama suaminya, Zain Saidin perlu menceburi bidang lain untuk pastikan kehidupan keluarga lebih selesa. “Sejuk sikit perut mommy kalau besar nanti Aaisyah jadi ustazah. Tak payah jadi artis, mommy dengan daddy dah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa,” katanya. Lebih menjadi perhatian, Aaisyah berseloroh mengatakan ibunya tidak boleh tentukan minat serta hala tuju hidupnya. “Mommy, ini adalah laluan yang saya minat, bukan mommy. Awak tak boleh tentukan apa yang saya nak atau apa patut saya lakukan,” katanya. Sumber : Rotikaya
|

KBW2 replied at 18-5-2026 11:35 AM
Macam nak buat donut tapi guna acuan buat tart menengokkan impian omak dengan cara didikannya.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-6-2026 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.176493 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.