|
Pelakon Syatilla Melvin menjadi perhatian apabila memuat naik mengenai doa selepas mendengar satu ceramah. Menerusi satu hantaran di Threads, Syatilla berkata dalam satu ceramah ada ustaz menyebut ramai yang berebut ke Mekah untuk berdoa di depan kabaah agar ianya dimakbulkan. Bagaimanapun, ustaz itu turut menyebut ramai yang terlupa di rumah ada doa ibu itu lebih mustajab disisi Allah.
“Tadi dengaq ceramah ustaz, dia sebut, ramai orang berebut nak pergi Mekah berdoa depan Kaabah untuk terkabul segala hajat, tapi mereka lupa dalam rumah mereka ada sosok seorang ibu yang lebih hebat, dahsyat dan mustajab doanya,” tulisnya. Sementara itu, Syatilla turut mengingatkan kepada mereka yang masih ada ibu agar sentiasa menghargai memohon doa daripada ibu walaupun untuk perkara kecil. “Yang mana masih ada ibu, mintak hari-hari dia doa walaupun sekecik-kecik hal,” tulisnya. Sumber : Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-6-2026 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.037844 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.