CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tak malu tinggal di rumah PPR, ini saja yang mampu’ - AR Badul

16-5-2026 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3059| Komen: 21

 


PERNAH mencipta fenomena tersendiri sekitar 1980-an dengan deretan filem menggunakan namanya sebagai judul, aktor merangkap pengarah, AR Badul hakikatnya menceburi arena seni agak lewat iaitu pada usia 29 tahun.

Status sebagai anak kepada seniman terkenal ketika itu, AR Tompel bukanlah ‘tiket emas’ untuk menonjolkan kebolehan terutama sebagai pelawak.

Ketegasan bapanya selain jarak memisahkan mereka membuatkan pemilik nama sebenar Armaya Aman Ramlie itu nekad mencari jalan sendiri untuk berjaya dengan melakukan pelbagai pekerjaan rencam.

Mengakui meninggalkan alam persekolahan seawal umur belasan tahun, antara pekerjaan dilakukan termasuk bekerja kampung, jaga tapak pesta funfair, menebas dan turun ke laut menangkap ikan.

“Sewaktu bapa saya pindah Kuala Lumpur saya tak ikut, tunggal dengan emak angkat di Parit Jawa Muar. Emak angkat saya adalah ibu kepada pelakon Mat Sentul sebab bapa minta keluarga kawan baiknya jaga saya.


“Lama juga saya tinggal dengan mereka tapi waktu itu saya masih sekolah menengah, Mat Sentul pun sudah dewasa dan tiada di sana. Terjadi satu peristiwa yang buatkan saya enggan ke sekolah sebab kasut sekolah terbakar atas kesilapan sendiri.

“Terus saya nekad cari kerja. Iyalah remaja, semangat membuak-buak. Macam-macam saya buat tapi tak lama kemudian bapa bawa saya tinggal di rumahnya di Gombak. Cuma saya terus buat kerja rencam. Bapa bukan jenis senang-senang ‘tarik’ anak berlakon,” kongsinya kepada HibGlam.

Kongsinya, ketika di Gombak dia mengenali keluarga Kasma Booty yang tinggal berhampiran sekali gus belajar bermain dram dengan mereka. “Dari situ saya juga kenal R Jaafar yang hampir 20 tahun lebih senior. Kami jadi rapat dan saya ikut dia dengan pasukannya ke merata tempat bermain panggung kecil. Banyak tempat kami pergi sampai ke Indonesia. Kadangkala saya jadi penari, pak pacak dan melawak.

“Cuma kiranya peranan utama memang R Jaafar dan bintang senior lain termasuk Yahya Sulung. Sampailah beberapa tahun kemudian kami berdua memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM.

“Dari situ nama kami berdua dikenali malah kami dapat muncul dalam program 100 episod dan terbuka juga rezeki saya untuk tampil di layar perak.

“Itu pun saya dapat tawaran selepas beberapa tahun bapa meninggal dunia,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 17-5-2026 01:00 AM
Nampak berusia dan uzur beliau ni.
Quote doubleA 17-5-2026 01:35 AM
Tajuk rumah ppr isi berita tak cerita pun hal rumah? Misleading betul tajuk. Anak dia kan yg komando meninggal dunia masa training tu
Quote pakwetizzaqyah 17-5-2026 01:47 AM
tak minat ah
Quote Kancilkering 17-5-2026 01:11 PM
doubleA replied at 17-5-2026 01:35 AM
Tajuk rumah ppr isi berita tak cerita pun hal rumah? Misleading betul tajuk. Anak dia kan yg komando ...

betul

Quote Lily_Elizabeth_ 17-5-2026 09:07 PM
Mana citer dok ppr tu?.
Happy hapo lah wartawammm nihhhh.
Sengal ubi.
Aku nak Baca kisah dok ppr.
Haish.
Bukan pasal bakat lakonan dia.
Heran lah
Rata rata retis tak berduit nak beli rumah untuk tinggal.
Semua PPR
PPR
PPR
PPR.
Haish.
Sian gak.
Susah tau nak beli rumah.
Bank tgk income.
Mana maunya bank nak bagi loan kalo income payslip pun tak hado.
Kalo retis retis ni carum.epf ada gak statement money come in.
Kalau sekadar pelakon popular di nama tapi tak popular di income mana maunya bank nak hukur signing agreement.
Plus if tak carum epf if bayar tax sure ada transaction.
Ini semua elek, tak adanya bank nak kasi kasih loan.
Beringatlah semua pelakon pelakon or retis retis ni.
Asyik nak pakai baju glamour je, tapi monthly income transaction elek.
Quote Nenasketum 17-5-2026 09:42 PM
Dia ni dulu hari2 datang umah aku sebab nak blajar direct pilem. Kawin cerai kawin cerai je kejenya. Ada orang gosip tu ilmu keturunan dia wallahualam.
Kendian arwah abah aku mninggal, haraaaam muka idung pun tak nampok. Huhuhu
Quote lasagna 18-5-2026 08:17 AM
heyyyy cite bila kala ni?
heols ni dlu main golf kot dgn exhub nonisw*ra..
i dlu prnh keje golf compny pya event, nmpk jer mereka ni..
Quote Kancilkering 18-5-2026 08:30 AM
mahal hobi x kala financial status x align

Quote KamikuP 18-5-2026 09:32 AM
Tu ler tak beringat 5 sebelom 5 kan dah kene duduk PPR mcm acik Uji Rashid yg dulu mendonia tahun 70'an hujung2 duduk PPR jua..
Moga acik2 pors pun beringat sama yaachh.. ekekek
Quote tagas 18-5-2026 09:43 AM
Lejen nih

selain salih yaakob ketika tue


sebelum kemunculan hero2 rosyam nor, faizal yusof (gila2 remaja)

then era awie sembilu

next

kemunculan zul ripin, aaron aziz

la nih sapiq kail

hero2 remaja bagaih


Quote nisako 18-5-2026 10:01 AM
????
Quote kucingitam 18-5-2026 11:46 AM
betul2 lagenda. tak kisahla kawin cerai, itu hal peribadi dia. sekurangnya dia kahwin, idak berendut spjg masa..ehhh....filem semua meletop.. lepas filem pak tam duda, terus lekat org panggil dia pak tam.
Quote nabyha 18-5-2026 04:21 PM
nak share juga cerita. arwah nenek ada tunjuk gambar keluarga masa nenek muda2.
dalam tu ada hamba Allah ni, remaja macam umur belasan tahun tapi dorang panggil Baduh.
Nenek kata dia tiba2 muncul, duduk dengan keluarga nenek dalam setahun gitu dan kemudian tiba2 hilang. kampung nenek kat muar dulu.
Quote anggeriklatifah 18-5-2026 07:52 PM
Nenasketum replied at 17-5-2026 09:42 PM
Dia ni dulu hari2 datang umah aku sebab nak blajar direct pilem. Kawin cerai kawin cerai je kejenya. ...

Arwah bapa kamu siapa..seorng director filem.ke
Quote linb 19-5-2026 01:16 AM
Tajuk tak sama macam artikel pun. Heols takde sebut pun pasal ppr dalam interview tu. Tak baik la misleading.. orang tak baca artikel nanti terus je cerca heols walaupun bukan heols sentuh pasal rumah ppr pun
Quote supernaturalee 19-5-2026 10:56 AM
doubleA replied at 17-5-2026 01:35 AM
Tajuk rumah ppr isi berita tak cerita pun hal rumah? Misleading betul tajuk. Anak dia kan yg komando ...

kalau tak silap masih on going tuntutan harta arwahnya



Quote Shayang 19-5-2026 09:04 PM
supernaturalee replied at 19-5-2026 10:56 AM
kalau tak silap masih on going tuntutan harta arwahnya

Tuntutan harta taktaulah tapi dah bbrp tahun baru family ada kesederan nk buat tuntutan kat pihak tutttt
Btw kawan yg tertembak dia tu aman2 plak naik pangkat padahal sepatutnya…
Ada je sesekali peguam ujen bangkitkan pasal kes nih.
Quote Shayang 19-5-2026 09:09 PM
telracs replied at 17-5-2026 01:00 AM
Nampak berusia dan uzur beliau ni.

Pastu makin susut lak tu yg lagi nampak uzur
Zaman dia jadi Pak Badar dlm siri Puteri dulu nampak segar je masa tu sbb berisi elok
Nih dia mcm kembali ke masa muda time kurus keding tu.
Quote Jitu 19-5-2026 11:02 PM
ilmu apa ye
mcm menarik je blh nikah byk ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.089055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top