|
TINDAKAN seorang pelancong warga China mengamuk dan merosakkan pintu pagar automatik imigresen di Lapangan Terbang Suvarnabhumi membawa padah apabila dia diharamkan memasuki Thailand seumur hidup.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 petang pada 13 Mei lalu, lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai berang ketika cuba melepasi pemeriksaan imigresen sebelum bertindak menendang pintu pagar automatik. Menurut laporan media tempatan, Khaosod, lelaki terbabit dikenali sebagai Zheng Liwei, dijadual menaiki penerbangan Spring Airlines ke Shanghai ketika itu. Rakaman video yang tular menunjukkan Zheng menghampiri pintu pagar automatik sebelum menghempas pasportnya pada alat pengimbas kerana dipercayai gagal melepasi sistem pemeriksaan. Berang dengan situasi tersebut, Zheng bertindak menendang pintu pagar automatik sebelum berjalan masuk tanpa kebenaran walaupun terdapat individu di hujung laluan cuba menghalangnya. Pegawai imigresen Thailand kemudian cuba menahan Zheng, namun lelaki itu dikatakan melawan dan memaki hamun petugas tersebut. Situasi menjadi tegang sebelum isterinya campur tangan untuk menenangkannya sebelum Zheng akhirnya berjaya diberkas polis. Susulan kejadian itu, dia dikenakan denda sebanyak 450,000 baht (kira-kira RM54,583) selain berdepan tindakan pendakwaan lanjut. Pihak berkuasa Thailand turut mengambil tindakan tegas dengan mengharamkan lelaki tersebut daripada memasuki negara itu buat selama-lamanya. Polis Thailand menjelaskan bahawa Zheng telah meletakkan pasportnya secara salah pada alat pengimbas, menyebabkan pintu pagar automatik itu gagal dibuka. -Agensi
|
gekkou replied at 15-5-2026 08:22 PM
kalau kat msia
setakat denda je ni
sayang benor2 tourist mainland

gekkou replied at 15-5-2026 08:22 PM
kalau kat msia
setakat denda je ni
sayang benor2 tourist mainland
Decaffeinated replied at 16-5-2026 11:12 AM
Pernah terjadi ka? jgn kerana benci kan seseorang, fitnah negara sendiri.

Decaffeinated replied at 16-5-2026 11:12 AM
Pernah terjadi ka? jgn kerana benci kan seseorang, fitnah negara sendiri.
shamsadis replied at 17-5-2026 04:36 PM
pernah...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-6-2026 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.