|
Hubungan persabahatan pelawak Shuib dan Rahim akhirnya kembali jenih apabila keduanya berdamai selepas lima tahun tidak bertegur.
Memetik mStar Online, Shuib mengakui rindu untuk bertemu dengan Rahim yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri. “Rahim bukan sekadar rakan kerja, dia memang sahabat dan sudah macam abang saya sendiri. “Sepanjang lima tahun ini hubungan kami memang tak berapa baik. Terus terang saya cakap, saya memang rindu nak jumpa dia, berbual dan bergurau semula. “Sebab Rahim ini lain, hubungan kami lebih daripada urusan kerja. Banyak perkara di luar kerja yang saya rindukan tentang dia,” katanya. Sementara itu, Shuib berkata dia dan Rahim ada berbalas mesej. Tambahnya, dia bertanyakan kepada Mamat Sepah adakah Rahim akan menjawab panggilan videonya dan rakannya itu berkata ianya akan dijawab. “Saya ada cakap dengan Mamat…Eh, Rahim balas mesej aku, lepas itu saya tanya dia, kalau aku video call dia, kau rasa dia angkat tak? Mamat jawab mestilah dia angkat. “Saya rasa semua ini gerakan daripada Allah untuk saya ambil langkah itu. Bila saya video call dia dan dia angkat, saya memang terharu sebab dah lama kami tak berbual,” katanya. Dalam pada itu, Shuib mengakui hubungan mereka retak sebelum ini kerana salah faham dan membuat keputusan kurang matang pada ketika itu. “Apa yang berlaku antara kami lebih kepada salah faham atau miscommunication sahaja. Bukannya gaduh teruk pun. Kadang-kadang masa itu sendiri jadi penawar. Bila sampai waktunya untuk sembuh hubungan itu akan pulih. “Hari ini saya anggap sebagai hari yang penuh rahmat. Saya dapat kembali seorang sahabat. Saya harap hubungan ini akan kekal baik selepas ini, Insya Allah,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|
blakcswan replied at 8-5-2026 03:46 PM
dah sendu ke soib..ada2kan cerita pulak dia.
nak ajak berpodcast la tuu..kitaorg xnk rahim dia x law ...
blakcswan replied at 8-5-2026 07:46 AM
dah sendu ke soib..ada2kan cerita pulak dia.
nak ajak berpodcast la tuu..kitaorg xnk rahim dia x law ...
mamarilia replied at 8-5-2026 11:07 AM
kahkahkah.. ngaku pun salah sendiri .. si Mamat tu dulu kena singkir sebab bermasalah.. si suib ni ...
lyshafull replied at 8-5-2026 10:19 PM
Tapi dia mmg x gaduh dgn rahim kan
Dia gaduh dgn jep je


silampumeja replied at 8-5-2026 08:46 PM
I ingat lawak lucah live dia tu sgt. Sbb tgk waktu live... Sangatlah kotor ek...
To gitulah... D ...
Fazzbulous replied at 9-5-2026 05:55 AM
kemain canang 2 nama tkkan bwk ke podcast..puihhhhhh...beza tau ko ngn dia...dia masih lg angkt call ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.078462 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.