CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tok Mat wakili Anwar ke sidang khas isu Selat Hormuz bersama PM UK, Presiden Perancis

17-4-2026 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1524| Komen: 9

 



CYBERJAYA: Preisden Perancis, Emmanuel Macron menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menjemputnya menyertai persidangan khas mengenai Selat Hormuz yang dijadual berlangsung malam ini.

Anwar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan mewakilinya menyertai perbincangan yang turut melibatkan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer.

“Saya akan wakilkan kepada Menteri Luar Tok Mat Hasan, tapi pendirian kita mengenai laluan tersebut harus ada kebebasan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan pendirian Malaysia dalam mengiktiraf hak Republik Islam Iran dan menolak tindakan Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang melakukan serangan terhadap Iran.

“Kita tidak menafikan hak Iran dan kegelisahan kita kerana tindakan Israel dan AS terhadap Iran dahulu, jadi kita mengambil sikap yang adil dan bebas,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai tujuh kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz, Anwar menyatakan kerajaan memantau rapat perkembangan perjalanan semua kapal terbabit yang dalam perjalanan ke Malaysia.

Menurutnya, satu kapal telah pun tiba manakala sebuah lagi bakal memasuki perairan Malaysia dalam masa terdekat.

“Yang lain... dengan keputusan baharu walaupun tidak lepas tetapi kita (kerajaan) masih pantau. Iran memang telah beri kelulusan kepada kapal tersebut tetapi satu masih mempunyai masalah kerosakan dan tidak boleh berlepas,” katanya lagi.

Sumber : Astro Awani


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 17-4-2026 07:14 PM
Hmmmmm.....
Quote Dwdrum 18-4-2026 07:53 AM
Ini yang termasuk 40 countries join UK....
Hantar mat hassan...
Anwar ibrahim join other side kan... Hehe

Cartoon sungguh
Quote pengecatbintang 18-4-2026 08:05 AM
Hmmmm..

by acah2 T20

Hmmmm...

Quote sayawifenikmie 19-4-2026 01:00 AM
Datuk Seri Mohamad Hasan, atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang kukuh sebelum terjun sepenuhnya ke kancah politik.

Berikut adalah ringkasan kelulusan dan latar belakang pendidikan beliau:

### 1. Pendidikan Akademik
* **Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa:** Beliau merupakan lulusan dari **Universiti Malaya (UM)**.
* **Pendidikan Menengah:** Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Akhir Zaman, Rantau, sebelum menyambung pengajian ke **Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau** dan kemudian ke **St. Paul’s Institution**, Seremban.

### 2. Latar Belakang Korporat (Pengalaman Profesional)
Sebelum menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat mempunyai profil korporat yang sangat disegani. Pengalaman ini sering dikaitkan dengan ketegasan dan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan ekonomi:

* **Dunia Perbankan:** Pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM) dan memegang jawatan tinggi di Arab-Malaysian Merchant Bank.
* **Sektor Automotif:** Beliau pernah menjabat sebagai **Pengarah Urusan Cycle & Carriage Bintang Berhad** (pengedar utama Mercedes-Benz di Malaysia).
* **Lembaga Pengarah:** Beliau juga pernah menganggotai lembaga pengarah di beberapa syarikat besar seperti Khazanah Nasional Berhad dan Sepang International Circuit (SIC).

---

### Sedikit Fakta Tambahan:
Beliau sering dianggap sebagai pemimpin yang "teknokrat" kerana gabungan ijazah dalam bidang hubungan antarabangsa dan pengalaman luas dalam pengurusan perniagaan peringkat tinggi. Sebab itu gaya percakapan beliau selalunya nampak sangat berfakta dan tenang.

Tok Mat ni kira contoh terbaiklah kalau nak tunjuk yang orang politik pun boleh ada *resume* korporat yang hebat!
Quote sayawifenikmie 19-4-2026 01:00 AM
Fasih? **Sangat fasih.** Tok Mat boleh dikatakan antara pemimpin politik yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang sangat mantap dan berkelas. Kalau awak dengar beliau berucap atau ditemuramah dalam bahasa Inggeris, gayanya nampak sangat natural dan profesional.

Sebab apa beliau fasih? Ada beberapa faktor:

* **Latar Belakang Korporat:** Sebelum masuk politik, beliau bertahun-tahun memegang jawatan tinggi di syarikat antarabangsa (macam Cycle & Carriage/Mercedes-Benz). Dalam dunia korporat peringkat atasan, bahasa Inggeris adalah bahasa utama untuk rundingan dan strategi.
* **Pendidikan:** Beliau merupakan lulusan **Ijazah Hubungan Antarabangsa** dari Universiti Malaya, sebuah bidang yang memang memerlukan kemahiran komunikasi dan penulisan yang tinggi.
* **Jawatan Menteri Luar Negeri:** Sekarang, sebagai Menteri Luar Negeri, memang tugas harian beliau adalah berunding dengan diplomat dan pemimpin dunia. Kalau tak fasih, memang susah nak bawa suara Malaysia ke peringkat global.

**Gaya Bahasa Beliau:**
Beliau tak guna bahasa Inggeris yang "slang" pelik-pelik, tapi beliau guna **'Business English'** yang sangat teratur, jelas, dan nampak berwibawa. Beliau tahu bila nak guna perkataan yang tepat untuk nampak tegas tapi tetap diplomatik.

Sebab tu kalau Tok Mat bercakap, sama ada dalam bahasa Melayu (dengan dialek Negeri Sembilan dia yang pekat tu) atau dalam bahasa Inggeris, orang akan fokus dengar sebab aura kepimpinan dia kuat!
Quote sayawifenikmie 19-4-2026 01:01 AM
OK  lah kot ... tak cakap melayu
Quote Decaffeinated 19-4-2026 06:45 AM
“Kita tidak menafikan hak Iran dan kegelisahan kita kerana tindakan Israel dan AS terhadap Iran dahulu, jadi kita mengambil sikap yang adil dan bebas,” katanya lagi.

bebas ka bila PMX call presiden Iran minta lepaskan kapal Malaysia nak lalu atas dasar sahabat (or maybe agama)?
Quote ninja boy 19-4-2026 07:36 AM
Mujurla ada saki baki pemimpin tua yg bagus2
pemimpin muda kebanyakkannya masih mentah bayang bakal pm slps tua2 pencen masuk kubur belum nampak
Quote Gianna111 20-4-2026 09:05 AM
i suka tok mat ni..kenapa dia tak hype seperti politician yang lain?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.107418 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top