CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Top Gun 3' disahkan dalam pembikinan, Tom Cruise kembali sebagai Maverick

17-4-2026 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 412| Komen: 6

 



LAS VEGAS: Paramount Pictures secara rasmi mengesahkan filem Top Gun 3 kini dalam fasa pembikinan, dengan Tom Cruise bakal kembali membawa watak ikonik Kapten Pete “Maverick” Mitchell.

Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan studio berkenaan pada konvensyen CinemaCon 2026, di sini, Khamis.

Paramount turut memaklumkan skrip filem ketiga francais berkenaan sedang ditulis Ehren Kruger, yang sebelum ini terlibat sebagai penulis bersama Top Gun: Maverick.

Penerbit veteran Jerry Bruckheimer sekali lagi mengendalikan projek berkenaan, manakala pengarah Top Gun: Maverick, Joseph Kosinski, dilaporkan dalam perbincangan untuk kembali mengarah, namun belum disahkan secara rasmi.

Butiran jalan cerita masih dirahsiakan, namun penganalisis industri menjangkakan filem ketiga ini akan mengetengahkan cabaran Maverick dalam dunia penerbangan ketenteraan moden yang semakin dipengaruhi teknologi baharu, seiring perubahan landskap peperangan global.

Selain Cruise, beberapa pelakon daripada sekuel terdahulu seperti Miles Teller dan Glen Powell turut disebut-sebut berpotensi kembali, namun pengumuman rasmi mengenai senarai pelakon masih belum dibuat. Tarikh tayangan juga belum ditetapkan.

Keputusan Paramount untuk meneruskan francais ini susulan kejayaan besar Top Gun: Maverick pada 2022, yang mencatat kutipan global kira-kira AS$1.5 bilion (kira-kira RM5.93 bilion), sekali gus menjadikannya filem paling laris dalam kerjaya Tom Cruise.


Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 18-4-2026 11:43 AM
Aiyoyo top gun 2 pun dah ghupa leather bag lama ni kan pula nak buat lagi.  
Quote helen8118 20-4-2026 03:16 AM
wehhhh dia ni dah tua dah kot. kang mati kang habis tergantung cerita ????????
Quote jelitayu 28-4-2026 04:33 PM
harap2 kalau betul ada top gun 3, adalah watak 'anak' TC sebagai hero. asik dia dia je...bosan jua...
Quote seibei 7-5-2026 01:19 PM
gelak bc komen2 ssh org lain nk ke depan klu dia ada.
Quote ninja boy 11-5-2026 03:19 PM
omputeh tua laku
Quote Weller 11-5-2026 06:34 PM
ingat boleh tutup buku dengan mission impossible tapi finale flop


so cari cerita lain nak retire dengan kebabom-nya


kot

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043875 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top