|
CYBERJAYA: Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebuah daripada dua kapal yang melepasi selat berkenaan sudah tiba, manakala satu kapal lagi sedang menghampiri perairan negara. Beliau berkata, ketika ini kerajaan sedang memantau keadaan lima lagi kapal yang belum melepasi Selat Hormuz. "Satu kapal sudah sampai, satu lagi hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia, maknanya (ada) dua (kapal), yang lain itu dengan keputusan baharu walaupun sudah lepas, tetapi kita masih memantau. "Dari segi kelulusan, memang Iran memberi kelulusan kepada tujuh kapal kita (melepasi Selat Hormuz), tetapi satu (kapal) mempunyai masalah kerosakan hingga tak boleh berlepas dari pelabuhan. "Disebabkan keadaan terbaru ini, kita ada hadapi masalah sedikit," katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, di sini, hari ini. Sumber : Kosmo
|


kemaruk replied at 17-4-2026 07:13 PM
Teringat gambar azmin korek tanah pon dia, gali longkang pon dia, angkat sampah pon dia
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-5-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.029506 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.