|
MULA berjinak-jinak dalam dunia lakonan, anak kepada Datuk Awie iaitu Putri Aleeya Antasha menegaskan dia tidak menggunakan populariti bapanya untuk menceburi bidang seni.
Putri, 26, berkata dia tetap melalui proses yang sama seperti pelakon lain termasuk menghadiri sesi uji bakat, meskipun ada tawaran datang daripada kenalan bapanya. Tegasnya, tidak semua perkara boleh diperoleh dengan cara 'kabel' atau orang dalam tertutama dalam lakonan. “Mungkin ada rezeki di situ, tapi saya boleh cakap kami juga melalui proses yang sama. Saya masih pergi casting walaupun tawaran itu datang daripada rakan daddy saya. “Bukanlah orang tawarkan satu karakter, saya terus dapat. Mereka tetap akan tengok macam mana saya berlakon kerana saya masih baharu dan belum pernah muncul di mana-mana televisyen. “Kalau saya kayu atau ‘hauk’, tentu tiada orang nak ambil. Jadi nak cakap saya guna kabel, bagi saya tak semuanya boleh guna kabel,” katanya kepada mStar.
Putri berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan bersama watch party Dorm 403 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu. Dalam pada itu, Putri memberitahu bapanya sentiasa menasihati agar mengutamakan tiga perkara penting sekiranya mahu kekal relevan dalam industri. Dia juga mengakui berasa sedikit gerun membawa nama besar bapanya kerana bimbang dengan persepsi orang ramai. “Sebagai anak saya tahu daddy sangat pentingkan adab, cara bawa diri dan disiplin. Perkara kecil macam itu pun daddy sangat titik beratkan sebab kita bekerja dengan orang. “Perkara itu perlu dijaga kalau nak kekal lama dalam industri atau di mana-mana tempat kerja, tiga perkara itu memang kena ada,” kongsinya. Sementara itu, Putri pertama kali membuat kemuculan di drama bersiri 13 episod yang berjudul Dorm 403 yang bersiaran di TV3 bermula 16 April ini. Dorm 403 mengishkan tentang kehidupan para pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang digemparkan dengan kehilangan misteri Sheikh yang dilakonkan oleh Zairi Aziz, anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma (Dynas Mokhtar). Apa yang pada awalnya dilihat sebagai kisah biasa remaja, termasuk persahabatan, cinta dan konflik harian, akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi yang membuka lembaran rahsia gelap yang sekian lama tersembunyi. Selain Putri, drama itu juga dibintangi Muaz Zabir, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki, dan Dynas Mokhtar. Sumber: mStar |
September14 replied at 17-4-2026 01:02 PM
Skg mmg dah zmn nepotism.. anak awie, jamal, eizlan, shira, alip sokri dll…
annehuda replied at 17-4-2026 01:03 PM
anak die ni dulu bukan ke sekolah agama tudung labuh pe bagai? cabut dah tudung nye ke

September14 replied at 17-4-2026 01:02 PM
Skg mmg dah zmn nepotism.. anak awie, jamal, eizlan, shira, alip sokri dll…
mawaria replied at 17-4-2026 09:04 PM
Rancak anak anak artis. Tak ada ke nak buat benang khas untuk diorang. Lalu fyp anak jamal rajin liv ...
annehuda replied at 17-4-2026 01:03 PM
anak die ni dulu bukan ke sekolah agama tudung labuh pe bagai? cabut dah tudung nye ke

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.282876 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.