|
SHAH ALAM: Kerajaan digesa supaya menyediakan pakaian menutup aurat yang sempurna kepada tahanan wanita Islam bagi memastikan kehormatan diri mereka terjaga selari dengan tuntutan syarak.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh berkata, tindakan segera ini penting agar insiden menimpa seorang ustazah yang hadir ke mahkamah dalam keadaan pakaian tidak menepati tuntutan syarak sehingga mencetuskan perdebatan ramai tidak berulang. Selain itu katanya, pihak berwajib juga perlu membekalkan keperluan asas seperti kain basahan, menggubal garis panduan berteraskan syariah dan meningkatkan latihan pegawai dengan kefahaman Islam serta sensitiviti jantina. “Islam mewajibkan pemeliharaan maruah dan aurat wanita dalam semua keadaan, termasuk ketika dalam lokap. “Justeru, adalah tidak wajar mana-mana wanita Muslimah dibiarkan dalam keadaan yang menjejaskan kehormatan diri akibat kelemahan sistem dan pengurusan. “Antara isu utama yang dibangkitkan ialah penyediaan pakaian yang tidak patuh syariah serta kurangnya sensitiviti terhadap penjagaan maruah wanita,” katanya menerusi kenyataan semalam. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, guru wanita berusia 57 tahun yang dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan dipandunya sebelum merempuh pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu Kelantan pada Ahad bakal berdepan hukuman denda dan penjara sekiranya disabit kesalahan. Di sebalik tragedi menyayat hati tersebut, turut heboh diperkatakan mengenai pakaian dikenakan guru bergelar ustazah berkenaan ketika hadir ke mahkamah yang menampakkan aurat dan tidak sesuai. Mengulas lanjut, Nuridah berkata, isu yang masih hangat diperkatakan itu bukan perkara kecil tetapi menyentuh soal maruah dan kehormatan wanita Islam. “Tindakan segera mesti diambil agar perkara ini tidak terus berulang. Hak dan maruah wanita wajib dipelihara selaras dengan tuntutan Islam,” katanya. Sumber: Sinar Harian, Astro Awani
|
Decaffeinated replied at 18-4-2026 02:11 PM
aurat yang dia maksudkan tu lengan ka? sampai ke situ sahaja ka idea bernas yang dia boleh fikir...
...
Decaffeinated replied at 18-4-2026 02:11 PM
aurat yang dia maksudkan tu lengan ka? sampai ke situ sahaja ka idea bernas yang dia boleh fikir...
...

ardent91 replied at 18-4-2026 05:08 PM
ler, jutaan pengundi parti tu beratur panjang kat tempat mengundi dengan berpanas terik, hujan rib ...
Decaffeinated replied at 19-4-2026 07:48 AM
Satu bentuk pembodohan yang sistematik. Choose a non issue, jadikan fokus seluruh ummah kemudian p ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-5-2026 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.111436 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.